Goodbye, My Old Blog.

Assalamualaikum. Mungkin ramai yang tidak mengenal diri ini setelah sekian lama menyepi dan kini, hamba Allah ini kembali. Tak payah la nak bahasa baku sangat. Okay, straight to the point, akaun blog lama saya, elyliyanasblog.blogspot.my dah tak boleh guna sebab saya tak boleh nak publish my new post saya di blog itu. So, saya membuat kata putus untuk membuat blog baru. It's okay kalau followers takda tapi asalkan saya boleh mengadu apa sahaja yang ingin saya luahkan ni blog saya yang serba baru ini.

Kenapa saya masih nak teruskan menulis di blog?
Sebab saya rasa dengan cara ini, saya boleh luahkan segala yang bermain di fikiran saya walaupun saya ni bukanlah penulis yang hebat tapi sekurang-kurangnya saya ada blog ini sebagai peneman saya untuk meluahkan perasaan saya yang tersemat di hati.

Apa kandungan yang saya akan tuliskan di dalam blog baru saya ni?
Di blog lama saya, saya lebih ingin menulis tentang artis kesukaan saya seperti Zizan Razak dan artis Kpop. But itu tak boleh nak disangkal lagi, saya masih mahu masukkan konsep "Zizan Razak" dan "Kpop" ini tapi dalam pada masa yang sama saya akan selitkan beberapa luahan hati, tips-tips (mungkin tips tu saya copy from another blog haha) dan kisah peribadi saya. Jadi, tak kisahlah sesiapa sahaja yang nak baca ataupun tidak, saya tetap ingin menulis. sekian.


From my heart, Ely L.

Comments