Happy Eid Mubarak

Assalamualaikum. Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua yang membaca blog saya yang tak seberapa ini walaupun saya tahu memang takda yang baca blog saya haha. Raya tahun ini sama je macam tahun-tahun yang sudah. Just simple je. Nak beraya rumah orang pun tahun ni jauh sekali sebab selalunya saudara-mara yang akan datang rumah pada hari raya pertama dengan kedua. Bukan taknak beraya cuma takda orang nak bawak beraya. Abang balik rumah mentua dekat Melaka hari raya pertama malam. Kakak ada cuma dia tak ingat sangat jalan ak kerumah saudara. So, saya dan keluarga akan duduk rumah jela huhu.

Teringat masa beraya dekat kampung. Masa tu atok dengan opah ada lagi. Semua saudara-mara balik ke kampung dan suasana masa tu memang saya amat rindui lagi bila menjelang malam raya. Aktiviti yang selalu kitaorang buat biasanya berkumpul dekat ruang tamu tengok tv, kalau dekat luar budak-budak semua main bunga api termasuklah saya. Seronok sangat masa tu. Pagi raya, ada sesi bersalaman dengan keluarga. Meriahnyaa. I'm really miss it that time. Lepas tu, kita tangkap gambar ramai-ramai buat kenang-kenangan. And then, beraya sekitar kampung. Keluaga besar memang biasanya keluarga belah mak. Keluarga belah abah kurang sikit tapi baru sekarang rasa best sebab adik beradik abah pun ada berapa je. Campur anak-beranak, jadilah ramai. Not bad la. Mak abah dedua orang perak. Bagan Datuk dan Rungkup. Takda lah jauh sangat.

Sekarang pun sejak atuk dengan opah dah takda, kampung tu dah takda orang duduk. Ada jugak orang-orang yang tolong bersihkan sekitar tu. Balik sana pun just datang bertandang je. So, itulah kenangan yang amat saya takkan lupakan sampai bila-bila. Kenangan yang akan saya sematkan dalam hati hingga akhir hayat saya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN! 





From my heart, Ely L.

Comments