Posts

Showing posts from June, 2018

Happy Eid Mubarak

Image
Assalamualaikum. Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua yang membaca blog saya yang tak seberapa ini walaupun saya tahu memang takda yang baca blog saya haha. Raya tahun ini sama je macam tahun-tahun yang sudah. Just simple je. Nak beraya rumah orang pun tahun ni jauh sekali sebab selalunya saudara-mara yang akan datang rumah pada hari raya pertama dengan kedua. Bukan taknak beraya cuma takda orang nak bawak beraya. Abang balik rumah mentua dekat Melaka hari raya pertama malam. Kakak ada cuma dia tak ingat sangat jalan ak kerumah saudara. So, saya dan keluarga akan duduk rumah jela huhu. Teringat masa beraya dekat kampung. Masa tu atok dengan opah ada lagi. Semua saudara-mara balik ke kampung dan suasana masa tu memang saya amat rindui lagi bila menjelang malam raya. Aktiviti yang selalu kitaorang buat biasanya berkumpul dekat ruang tamu tengok tv, kalau dekat luar budak-budak semua main bunga api termasuklah saya. Seronok sangat masa tu. P

Goodbye, My Old Blog.

Assalamualaikum. Mungkin ramai yang tidak mengenal diri ini setelah sekian lama menyepi dan kini, hamba Allah ini kembali. Tak payah la nak bahasa baku sangat. Okay, straight to the point, akaun blog lama saya,  elyliyanasblog.blogspot.my  dah tak boleh guna sebab saya tak boleh nak publish my new post saya di blog itu. So, saya membuat kata putus untuk membuat blog baru. It's okay kalau followers takda tapi asalkan saya boleh mengadu apa sahaja yang ingin saya luahkan ni blog saya yang serba baru ini. Kenapa saya masih nak teruskan menulis di blog? Sebab saya rasa dengan cara ini, saya boleh luahkan segala yang bermain di fikiran saya walaupun saya ni bukanlah penulis yang hebat tapi sekurang-kurangnya saya ada blog ini sebagai peneman saya untuk meluahkan perasaan saya yang tersemat di hati. Apa kandungan yang saya akan tuliskan di dalam blog baru saya ni? Di blog lama saya, saya lebih ingin menulis tentang artis kesukaan saya seperti Zizan Razak dan artis Kpop. But itu tak