A Loner.

Assalamualaikum. Malam ini aku terbuka niat aku nak tulis sesuatu yang mungkin boleh melegakan hati aku. Ya, aku memang kadang-kadang seorang 'loner'. Lebih suka berdiam diri dari bercakap. Tapi aku juga suka berbual dengan kawan-kawan dan suka juga bersosial macam orang lain like shopping, karaoke, tengok movie, macam-macam lah but itu semua kalau kawan yang aku rasa selesa saja. Boleh dikatakan kawan-kawan aku lebih ramai di sekolah berbanding di universiti. Kalau dekat universiti, aku ada kawan sekelas, kawan sekelab dan kawan yang berkawan dengan kawan aku. Haa faham faham jela maksud dia macam mana hahaa.

Aku cuba nak jadi lebih 'happy go lucky' dengan semua orang dan bukan dengan kawan aku yang aku rassa selesa saja tapi aku tak reti atau nak difahamkan lagi, aku takda bahan lawak atau topik yang aku rasa kelakar dan cerita yang selesa. Pelik kan aku? hahah benda ini memang selalu ada dalam fikiran aku.

Aku ada rakan sekelas yang boleh dikatakan macam geng la. Aku rasa aku tak sesuai masuk ke dalam kelompok tu dan kebetulan satu kelas dah boleh ngam sama-sama sejak hari pertama kelas kami masa semester 1. Aku boleh je 'masuk' dengan diorang tapi kalau diorang bergurau dengan aku, aku pun okay je cuma kalau nak berbual panjang tu, bukan aku lah sebab aku bukan serapat macam kawan kawan aku yang lain especially dengan kawan lelaki. Honestly, aku memang teringin nak ada kawan lelaki yang macam sekepala dengan aku, gila-gila dengan aku and tak awkward. Macam kawan rapat la. At least, di buat aku selesa berkawan dengan dia. Biasalah, aku lebih ada kawan perempuan berbanding lelaki. Kalau ada pun, kawan sekelas lah since dari sekolah lagi. Aku tak reti nak friendly lebih dengan lelaki. Kalau nak diikutkan, ramai je students lelaki dekat uitm tu. Helok-helok lagi hahah. Siapa taknak ada kawan lelaki handsome kan hahaha okk gurau. Aku tak kisah dia handsome ke tak handsome ke asalkan aku selesa kwan dengan dia, dia selesa kawan dengan aku. Tapi apa-apapun, tak kisah dia lelaki atau perempuan, kalau aku punya 'gila' tu dah sampai dekat dia, aku rasa dialah kawan rapat aku dan palong istimewa bagi aku.



From my heart, Ely L.

Comments