Did I Like Him?

Hari ini aku nak kenalkan seorang kawan yang agak rapat berbanding lelaki yang aku pernah berkawan selama ini. Aku gelarkan dia sebagai 'H'.  Dia rakan sekolah aku dan juga rakan sekelas aku. Masuk tahun ni dah 5 tahun aku berkawan dengan dia. Tahun 2014, aku dengan dia takdalah rapat mana dengan dia. Aku bagi hint lah kan, nak jadikan cerita dia ketua kelas aku dan aku penolong kelas dalam kelas tu. Macam obvious pulak kan hint ni? haha takpalah. Siapa yang tahu tu, tahulah dia. Aku mula rapat dengan dia sejak dari aku jadi penolong kelas lah. Layankan jugak la perangai dia yang poyo dan acah handsome dia tu. Masa tu aku fikir dia ni sangat annoying pada aku. Kalau bahasa kasar, lebih kurang macam dia suka menganjing aku. Aku memang tak suka dia. And then, lama-lama ada satu masa tu, masa tu nak dekat raya. Dia rajin pulak Whatsapp aku. Dia tanya biasa-biasa jelah like 'tengah buat apa?', 'dah makan ke belum? 'dah mandi ke belum'? dan sama waktu dengannya lah. Jadi, dari situ dia start 'bersemut' dengan aku. Aku ni pulak tak boleh kalau ada orang sweet-sweet dengan aku sikit. Pengaruh drama korea lah katakan. Sampai satu tahap, budak kelas dah start tahu yang aku ni macam ada apa-apa dengan si H ni. Panggil 'aku, awak' dalam whatsapp lah, selfie sama-sama lah, tukar profile picture dalam wechat dengan whatsapp lah. Si H ni pulak tak habis-habis mengayat aku. Tapi bukan dengan aku sorang je dia mengayat. Dengan orang lain pun ada tapi aku tak ingat siapa. Ada ke? entahlah aku pun dah lupa sebab dah lama haha.

Benda ni berlarutan sampai ke form 5. Dan si H ni dengan tiba-tiba whatsapp aku dengan soalan cepumas. Aku tunjuklah aku punya conversation dengan dia.
'Kau suka aku ke?'
'Kenapa kau tanya aku macam tu?'
'Takdalah, saja tanya. Kau suka aku ke?
'Aku suka kau as a friend lah. Kenapa?'
'Oh, legalah bila kau kata gitu sebab aku tak suka kau'

Masa tu aku rasa 'aku kena game ke ni?', 'dia bagi fakehope dekat aku ke?'. Banyaklah aku fikir. And then, aku tak ingat aku balas tapi aku rasa aku kata okay je. Kenapa masa tu aku rasa sedih? aku suka dia ke? Ya, masa tu aku dah mula suka dekat dia dan aku harap dia pun rasa macam tu juga tapi tak. Dia tak suka aku pun. Dia memang betul anggap aku kawan je. Takkan aku nak bentes apa dia cakap kan? aku ya kan aje. And then kitaorang pun tegur macam biasa je macam selalu tapi aku ada lah rasa kecil hati sikit bila dia kata gitu. Dia pun dah kurang mengayat aku. Tapi lama-lama dia start balik bagi fakehope dekat aku. Aku pun layankan aje tapi tak macam dulu. Aku dah tawar hati dah sejak dia kata macam tu .Hati mana tak sakit bila dia cakap macam tu. Kawan rapat aku je yang tahu pasal benda ni.

Sampai sekarang aku still keep-in-touch dengan dia lagi. Sebagai kawan macam biasa. Masa aku tengah busy study dekat johor, satu ws dia pun aku tak nampak tapi masa aku mula-mula masuk universiti, dia memang ada selalu whatsapp aku. Dia pun macam start mengadu pasal masalah dia dekat aku. Aku pulak start cerita masalah aku dekat dia. Kitaorang macam saling caring each other. Macam kawan biasa. Macam tu lah. Masuk sem 2, dah kurang sikit. Mungkin dia pun dah start busy dan dah jarang sangat dah ws aku. Tak macam dulu. Bila aku dah habis sem 2 ni, time cuti ni tiba-tiba dia rajin whatsapp aku. Tanya khabar sebab last aku jumpa dia tahun lepas kot. Siap video call lagi dengan dia. Masuk ni, kali ke-3 aku facetime dengan dia. Ada sekali tu, H post dekat instatory dia yang dia rindu aku. Dia tulis 'rindu budak johor' dengan gambar aku tengah vc dengan dia tahun lepas and gambar tu aku yang screenshot. So, aku send dekat dia screenshot tu. Kalau kitaorang whatsapp pun, sembang-sembang kosong je and tanya soalan yang sama je. Pastu ada gurau-gurau sikit macam tu.

Aku ni ada masih simpan perasaan lagi ke dekat dia? mungkin ya mungkin tidak. Dia datang dan pergi. Dia buat aku menaruh harapan lagi dekat dia. Dia caring, baik, kelakar, pandai ambil hati and friendly. Benda-benda tu buat aku mudah suka dekat dia. Yah, dia mungkin tak lah sehandsome yang aku selalu impikan tapi aku rasa aku selesa dengan dia. Karakter dia tu quite menepati 'taste' aku memandangkan aku ni seorang yang agak pendiam but kadang-kadang ceria, happy go lucky and sebagainya. Tapi aku ingat lagi apa yang dia pernah cakap dengan aku dekat dalam whatsapp 'jangan fikir lebih-lebih, biar dia fikir lebih-lebih' something like that lah sebab ingat-ingat lupa. I think dia fikir yang aku ni tak sesuai untuk dia. He's very humble. Since dia dah macam agak rajin whatsapp aku ni, dengan dia punya caring dekat aku, i'm like i started to like him but because of my ego, i said we're just friends and i think aku tak boleh pergi sejauh dari itu. Be his friend is better.

Senang cerita, kalau ada jodoh, ada lah. Kalau takda, its okay. Mungkin aku lagi sesuai berkawan dengan dia berbanding simpan perasaan dekat dia sebab aku tahu if i confess it, maybe i will be reject by him directly. Biarlah aku dengan dia as a TTM or teman tapi mesra with him haha. Its okay, janji aku dengan dia tak putus kawan.

If he read this(maybe not haha), thank you to be my bestfriend (bestfriend ke? haha) and be your someone special for you. I hope our friendship will be stronger than before. Its okay didn't get your heart but i think i am a good listener to always beside you. ish gelilah bersweet-sweet dengan kau hahaha ok bye!

From my heart, Ely L.




Comments