Aku Sayang Kau, Tiang Bendera! (Bab 1 - 12)

Watak2
-Nadzri Firdaus
- Ariyana Zahra
- Syakirin Nasirah
- Nadia Imani
- Dina Qaisara
- Farid Kamal
- Azizie Yahya
     _____________________________________________________________________________

BAB 1

     Akhirnya sampai juga ke tempat asal ku Malaysia setelah menamatkan pengajiannya di Seoul, Korea. Sudah lama tidak merasa makanan makanan kegemaranku di Malaysia. Asyik makan ramen saja. Tapi ada juga makan makanan tradisional Korea seperti Kimchi, Jajangmyeon, Jjampong dan lain-lain.
     "Finally!!!! Hello Malaysia!!!" jeritku di lapangan terbang KLIA sebaik saja masuk kedalam lapangan terbang itu. Semua orang melihatku dengan sangat hairan tapi aku tidak mempedulikannya kerana aku perlu bangga dengan negara asalku sendiri. Aku mencari-cari ahli keluargaku. Sebelum aku berangkat ke Malaysia hari ini, aku sudah menghubungi ibuku supaya datang menyambut kepulanganku. Sementara berjalan-jalan mencari keluargaku, aku sempat mengambil gambar menggunakan kamera canon di persekitaran itu kerana itu adalah hobiku. Selesai sahaja mengambil gambar, aku melihat semula gambar-gambar yang aku ambil tadi dan aku ternampak seorang namja sedang bermain telefonnya. Lelaki itu berjaket hitam dan berseluar hitam. Orangnya sangat kacak sampaikan mataku tidak berkelip sesaat pun. aku merenung gambar lelaki itu dan sambil tersenyum sendirian.
     Aku menutup kameraku dan meneruskan perjalananku dan ada seseorang memanggilku dengan suara yang amat kuat.
"Kak Azaaaahh!!!"
     Aku menoleh ke belakang dan tuan punya suara itu adalah adikku, Fadzlie. Aku melambai-lambaikan tanganku dan dibalas. Dia baru berumur 15 tahun. Dia bersama ibu dan ayah serta kakakku, Zura juga tidak dilupakan kawan karibku, Qaisara dan Nasirah. "Faddd!!" Jeritku. Aku terus memeluk ibu dan ayah dan menanyakan khabar. "Omma dengan appa sihat?". "Apa ke binatang omma ngan appa tu? ni ibu la" Kata ibuku hairan. "Eh, tersasul pulak, Ibu dengan ayah. Ha.. ibu ngan ayah sihat ke?" Tanyaku. Ayah mencelah, "Ayah ok je. Ibu ko ni la. Asyik risaukan ko je"."Pulakk. Jangan risau la. Zahra ok je kat sana. Ni Zahra dah ada depan mata ibu ni" Kataku. "Hhhmm.. yela. Lega ibu bila anak ibu dah ada depan mata ibu ni. Alhamdullilah". Aku hanya tersenyum gembira.
     Aku pun memeluk Kak Zura dan Fadzlie. Aku pun menyanyakan soalan yang sama pada adik beradikku. Kak Zura hanya kata "ok" sahaja tetapi adik aku pula yang manja dengan aku. Fadzlie lebih selesa memanggilku Kak Azah sejak daripada kecil lagi. "Kak Azaaahh, rindu la ngan Kak Azah. Tau tak Fad ni makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, buang air besar tak basuh, eeehhh, basuh2. Kusss semangat. Hehe" Kata adikku yang kadang-kadang dia punya punchline agak menjadi juga. "Elehh ~ yang kau mencekik asam pedas semalam kemain sampai 3 pinggan lepas tu mandi sampai 4 5 jam tu apehalll?" perli Kak Zura pada Fad. "gempaknya sembang Fad kan?" Kataku. Lidah Fad terkelu juga tersipu malu dan aku serta Kak Zura tergelak. Tiba-tiba terdengar suara dari arah kanan. "Ai ai ai! aku ngan Nas kau dah lupa ke?". Rupa-rupanya suara Qaisarah yang nada suaranya seperti memerli aku. "Eeeeeeaahhhh ~ kau rupanya. Sihat ke?" Tanyaku pada Qaisarah dan Nasirah. "Sihat sangat!" Kata Qai dan Nas serentak. Macam kembar pula. "Baguslah kalau macam tu." Kataku dengan rasa lega. Aku mengenali mereka sejak kerja part-time di Sunway Piramid. Sejak itu kami bertiga memang rapat.
     "Zahra, kau nak balik ikut kereta siapa ni? nak naik dengan ayah ke atau dengan kawan-kawan kau?" Tanya ayahku supaya aku memberi keputusan. "Ingat nak pergi jalan-jalan sekejap dengan Qai dengan Nas sekali. Ayah dengan ibu balik dulu la. Nanti petang sikit Zahra balik" Kataku dengan memberi keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dahulu. Tiba-tiba adikku mencelah,"Alaaa.. baru nak ajak Kak Azah tengok Running Man kat rumah. Ha! dekat sana Kak Azah jumpa artis Korea tak?" Tanyaku dengan rasa teruja adakah aku berjumpa dengan artis-artis Korea yang amat popular di Malaysia juga Asia. "Ada! ramai ~ Kak Azah jumpa semua ahli-ahli Running Man, BTS, Kim Woo Bin, lepas tu siapa yang berlakon cerita My love From The Star tu? Ha! Kim Soo Hyun" Kataku dengan rasa bangga. Bagaikan dunia ni aku sahaja yang punya. "Waaahhhhhhhh!!!!!" Kata Kak Zura, Fad, Qai dan Nas serentak sampaikan suara mereka bergema di dalam lapangan terbang itu. Aku ketawa apabila pelbagai muka yang mereka buat. "Dah2! Asyik2 Korea je tak habis-habis korang ni. Dah jom balik! jangan cakap yang Lee Min Ho ibu tu pun kau jumpa juga. Tu mak punya tau!" Kata ibuku dengan menunding jari kepadaku. "Ibu minat Lee Min Ho ke? haha. Lee Min Ho pun Zahra jumpa bu~ siap buat big love lagi dengan dia tau!" Kataku dengan nada yang agak riak. "Apaaa! kamu jumpa Min Ho?? dekat mana? bila? hansem tak?" Tanya ibuku dengan soalan yang bertubi-tubi kepadaku dan aku cuba untuk menepisnya. Aku baru mahu memberi jawapan tapi ibuku sudah menyampuk,"no,no,no! jangan jawab lagi! kamu jawab masa dekat rumah nanti. ok?" Kata ibu ku sambil melayang-layangkan jari telunjuknya kepadaku. Kami semua hanya melihat sahaja telatah ibuku yang ada lawak-lawaknya. Ayah pun mula bergerak untuk balik bersama-sama ibu, Kak Zura dan Fad manakala aku, Qai dan Nas bergerak ke Kuala Lumpur. Kami pun sudah menaiki kereta dan bergerak ke haluan masing-masing.

BAB 2

"Daebak! cantiknya Kuala Lumpur! dah lama tak tengok KLCC" Kata hatiku. KL tidak lari dengan kesibukkan orang-orang di sekeliling yang ramai mahu melarikan diri dari Kuala Lumpur disebabkan terlampau stress. Tapi bagi aku Kuala Lumpur adalah yang paling best sebab Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan kita patut bangga dengannya.
     Kami pergi ke KLCC dan melihat keindahannya dan kami mendongak ke atas melihat ketinggian KLCC. Aku memulakan perbualanku dengan Qaisarah dan Nasirah, "Beb, tinggi gila KLCC ni. Dah lenguh leher aku ni". "Aku pun sama. boleh patah leher aku kejap lagi ni. Amaizing ~" Qaisarah mula mengeluh. "Luar biasaaaa ~" Nasirah mula menyampuk. Aku mula hairan,"Laaa ~ Nas, punya banyak dialog kau, luar biasa je kau boleh cakap?". "Aku tengok KLCC ni memang tak terungkap langsung. Tu jela aku mampu cakap" Kata Nasirah sambil terpegun dengan kecantikan KLCC. Aku hanya melihat sahaja karenah mereka dan aku hampir terlupa mahu mengambil gambar  KLCC serta gambar kawan baikku.
     "Beb, dah la. Jom pergi Tutti Frutti! aku nak makan aiskrim!" Nyampuk Nasirah. "Bunyi macam sedap!" Kataku teruja. "Tu dah kata sedap, tak payah la makan. dah rasa kan?" kata Qaisarah. "Kau ni, menjadi juga kan punchline kau" Kataku pada Qaisarah. Nasirah ketawa mengekeh-ngekeh. "Hahaha. dah2. jom!" Nasirah mula mengajak kami ke tutti frutti.
     Setelah sampai sahaja ke restoran itu, kami mula memesan makanan. Aku membuat keputusan untuk makan aiskrim watermelon manakala Nasirah memesan aiskrim Root Beer dan Qaisarah pula mengambil aiskrim choco strawberry. Kami pun mengambil aiskrim kami dan duduk di tempat yang kosong. Nasirah memulakan perbualan, "Zahra, macam mana dekat Korea? ok?" Tanyanya, "Ok je. dapat ramai kawan orang Korea. Orang kita pun ada kat sana" terangku. "Masak la kau balik rumah kejap lagi nak kena explain dekat mak macam mana kau bole jumpa skandal mak kau Lee Min Ho tu. Haha" Kata Qaisarah sambil ketawa termasuk kami. Aku mula berbual tentang hidupku di Korea sehinggakan aiskrimku tidak habis dimakan. Tepat pada pukul 5 petang, kami beredar ke restoran itu dan meronda satu Kuala Lumpur.
     Sambil berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, ternampak 2 orang lelaki sedang busking dengan menyanyikan lagu "Hanya Aku". Seorang sedang bermain gitar dan seorang lagi menyanyi dengan bertemankan topi di bawah untuk menadah duit. Kami terhenti sekejap dan mendengar mereka menyanyi. Lelaki yang bermain gitar itu seperti pernah aku lihat. Baru aku teringat, lelaki itulah yang aku tertangkap gambarnya semasa di airport tadi. Aku mengambil gambar mereka beberapa kali dan apabila mereka selesai menyanyi, Qaisarah memberi 5 ringgit dan letak di dalam topi itu manakala Nasirah memberi 6 ringgit dan aku pula 10 ringgit. Kami pun beredar daripada situ.
     Sementara aku sibuk mengambil gambar, Qasirah mula mengeluh kepenatan, "Aigoo ~ penatnya berjalan. Dah pukul 5:55 petang dah. Beb, jom balik! aku penat la". "Pulakk. Baru jalan sikit dah penat. Zahra, jom la balik." panggilnya. "Alaa. Nak balik dah ke? ok la. Jom" Kataku. Aku, Qaisarah dan Nasirah pun mula bergerak ke parkir kereta dan menghantarku ke rumah.
     Sampai juga aku ke rumah asalku yang sudah lama meninggalkan ahli keluargaku. Qaisarah dan Nasirah mahu balik dahulu kerana terlampau letih dan tidak masuk ke rumah dahulu. Aku pun masuk ke dalam rumah dan melihat jam sudah pukul 7:15 malam. Ibuku mula menyuruh menyiapkan diri untuk solat sebelum masuk waktu dan selepas itu, ibu menyuruhku ceritakan bagaimana aku berjumpa dengan skandalnya iaitu Lee Min Ho .Aku hanya tersenyum sahaja.

BAB 3

     Sebaik sahaja habis menjamu selera dan solat isyak, Aku terpandang ibu yang duduk di atas sofa dengan senyuman yang ada makna disebaliknya manakala ayah sedang menonton ulangan Maharaja Lawak Mega 2013 lalu. Ibu menepuk-nepuk sofa sambil tersengih tandanya untuk duduk di sebelahnya. Aku pun mengikuti arahannya.
     "Ok! sekarang cerita dengan ibu macam mana kau boleh jumpa Min Ho ibu tu?" Tanya ibu teruja
"Panjang ceritanya bu. Tak dapek den nak citor panjang-panjang. Kalo cito panjang-panjang, kono bawak air segoleh baru buleh" Kataku dengan longhat Negeri Sembilan. Aku reti cakap bahasa Negeri Sembilan pun sebab terpengaruh dengan Nabil Raja Lawak.
     "Pendekkan. Tapi janganlah cerita sampai ibu pun tak faham." Katanya lagi
"Err.. ayah tak marah ke bu?" Tanyaku pada ibu. Belum sempat ibu menjawab, ayah sudah mencelah,
     "Ayah tak kisah. Janji ibu kau tak kacau Song Ji Hyo ayah. Baru adil". Aku agak terkejut kerana pengaruh Kpop ni sampai ke ibu bapaku. Unbelievable ~
"Tak ada masa saya nak kacau Ji Hyo awak tu la. Zahra, cepatlah cerita. Mak dah tak senang duduk ni" Kata ibuku dengan asyik mengubah cara duduk sahaja supaya lebih selesa.
     "Hahaha. Yela. Tapi ibu kena janji jangan jelly dengan Zahra tau. Arraso?" Kataku
"Ne!"
Aku pun menceritakan kesemuanya daripada A sampai Z bagaimana aku berjumpa dengan buah hati ibu iaitu Lee Min Ho. Fadzlie pun mula keluar daripada biliknya setelah siap segala kerja sekolahnya dan terus menuju ke arah kami untuk mendengar ceritaku manakala Kak Zura sedang menonton drama "The Inheritors" pada laptopnya di bilik. Panjang juga ceritanya sampaikan Fadzlie memberiku air sejuk kepadaku. Sudah banyak kali ibuku terkejut dan menyebut "omo!" di bibirnya. Kelakar juga melihat muka ibu dengan mata yang bersinar-sinar hinggga Fadzlie hampir menangis kerana asyik gelak sahaja.
     "Sekian, Terima Kasih" kataku sambil menamatkan ceritaku dengan ucapan terima kasih. "Waaahh! bestnya Kak Azah dapat jumpa diorang kan? Tengok ibu, sampai tertidur dibuatnya. Haha" Kata Fadzlie dengan ketawa yang riang.
      "Haha. kesiannya ibu. Dah la. Sekarang dah pukul 11 malam dah ni. Fad nak temankan Kak Azah tengok Running Man ke?. Jangan sampai tertidur sudah la. Tahan ke mata tu celik sampai pukul 2 pagi?"
     "Kak Azah, don't judge a book by it's cover la kak. Tengok bulu hidung la kalau nak tengok. Haha"
"Eleh ~ tak hingin Kak Azah nak tengok bulu hidung kau. Daripada tengok bulu hidung fad, better tengok bulu hidung Zizan tu la" perliku.
     "Yela. Hidung Zizan tu kan aset negara. Semua suka dia. Ok la. Fad pergi tanya Kak Zura jap nk tengok tak RM dengan Kak Azah"
"Ok"
Fadzlie pun pergi ke kamar Kak Zura dan aku pula mengejutkan ibu dan menyuruh ibu masuk ke biliknya kerana terlampau panjang ceritaku hingga tertidur di atas sofa. Ayahku sudah pun masuk ke biliknya. Fadzlie sudah pun keluar dari bilik Kak Zura dan Fadzlie kata dia terlampau mengantuk jadi dia mahu tidur sahaja. Jadi, hanya aku dan Fadzlie sahaja yang setia menunggu rancangan Variety Show Korea yang digemari ramai.

JAM 11:40 malam, Running Man pun sudah pun bermula. Artis kegemaranku yang paling aku cintai, Lee Kwang Soo. Dia suka mengkhianat ahli-ahli Running Man yang lain tapi itu adalah karakter dalam RM sahaja tapi di luar, dia sangat peramah dan amat pemalu. Betapa indahnya bila aku bertemu dia di Seoul hari itu.
     "Laa dah tidur rupanya. Ceh!, indah khabar dari rupa" bisik hatiku bila melihat adikku, Fadzlie sudah tidur tidak sampai pukul 12 pun. Sedang orang sedang bergurau sakan di rumah jiran sebelah. Agak bising juga. Mahu tengok TV pun tak senang. Aku cuba kejutkan Fadzlie dan bertanya kepadanya.
     "Fad, Fad! siapa yang duduk sebelah rumah kita ni? Kak Azah rimas la. Rasa nak gi serang je rumah jiran sebelah ni. Spoil la!"
"Oouh. Tu abang Nadzri dengan abang Farid. Diorang baru pindah 2 hari lepas. Diorang memang macam tu pun"
Kata Fadzlie dengan mamainya.
     "Ish. Mana boleh biar macam ni. Nanti kalau jiran-jiran kita dengar nanti macam mana? Ganggu orang nak tidur adalah! Nak buat peta dekat bantal pun susah! Fad tunggu sini kejap. Kak Azah nak nasihatkan diorang yang tak bermoral kejap"
Aku terus menyarung tudung bawalku dan keluar dari rumah terus menuju ke rumah sebelah. Orang tiada sivik, memang macam ni la jadinya. Aku memberi salam serta mengetuk pintu mereka dan tak sampai 10 saat seseorang membuka pintu tersebut.
     "Waalaikummm......"
Seorang lelaki yang kulit hitam manis dan dan berseluar pendek menjawab salam tetapi belum habis jawapannya dia asyik merenung aku dengan tersengih-sengih. Aku cuba mengelak dari bertentang mata dengannya dan ada seorang lagi lelaki yang pernah aku nampak sebelum ini. Dialah yang aku mengambil gambarnya dan dia jugalah yang basking bersama kawannya yang lagi seorang itu. Muka saja macam Jep Sepahtu tapi perangai macam hampeh!.
     "Ya nak cari siapa ya?" tanyanya.
"Siapa Nadzri dan siapa lagi Farid?"
     "Saya Farid. Farid bin Kamal. Adik Farid Kamil" Nyampuk lelaki merenungku semacam sahaja dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Ceh, dia ingat aku nak percaya ke yang dia tu kononya adik Farid Kamil. Hey, salah orang lah!" bisik hatiku.
"Oh, tak apa. Bukan muhrim. Yang ni Nadzri ya?" tanyaku dengan nada yang agak tinggi sedikit
     "Eh mana cik tahu ya?"
"Awak dengan dia saja kan yang duduk dalam rumah ni? memang la saya tau!"
     "Okk. Cik......." Katanya terhenti
"Cik Zahra"
     "Cik Zahra nak apa ya datang sini?"
"Saya datang sini nak bagi nasihat sikit kat awak. Lain kali kalau nak bergurau pun, Jangan bising sangat boleh tak? Saya rimas tau tak?" Suaraku semakin tinggi tapi belum maximum lagi. Tiba-tiba, dia terus berubah sikap.
     "Cik Zahra ~ suka hati kita orang la nak bergurau macam mana pun! saya bergurau dengan kawan saya ni sampai cium pipi dia tak ada orang marah pun? perempuan gila!"
Ada dia kata aku perempuan gila? dia ini memang dah melampau!
"Yahhh!!!! kitdae! " perliku. Dia tak tahu apa yang aku perli tu maksud dia tiang bendera.
     "Apa tae? Apa kau merepek ni?"
"Bahasa korea lah! Kau apa tau? Asyik main PS3 je tau. Lebih baik kau tak faham apa yang aku cakap tadi!" Terangku.
     "Hey! Aku malas la nak hadap muka perempuan gila macam ni! Wey Farid, jom la masuk! Huh!"
Dia pun masuk ke dalam dan menutup pintu dengan kuat. Dia ingat dia seorang je tutup pintu kuat. Aku pun boleh! Aku terus balik ke rumah ku dan terus menutup pintu dengan kuat juga.
"Bengangnya akuuuu!!! berani dia panggil aku perempuan gila? Kau tak tau lagi aku ada taekwando masa aku kat Korea dulu. Black belt lagi tau!" Ngomelku dengan nada yang marah di depan pintu rumahnya. Aku terus masuk ke rumah dengan mood yang tak berapa nak baik sangat. Tiba-tiba Fad berpaling kebelakang sambil baring dan menegurku.
     "Kak Azah kenapa?"
"Eeerr.. aaa..Kkkak Azah... Kak Azahh tak buat apa-apa pun. Kak Azah memang macam ni. Dah2. Fad pergi tidur. Dah lewat malam dah ni" Suruhku pada Fadzlie supaya tidur di dalam bilik. Aku pun mengambil kameraku tadi dan membuang gambar-gambar yang ada gambarnya. Semakin meluat aku dibuatnya. Selesai sahaja membuang gambar-gambar, aku menyambung menonton RM dengan tenang.


BAB 4

Aku membuka langsir pada tingkap dan menghirup udara yang segar selepas solat subuh dan membaca buku novel seketika. Bau- bau yang tidak menyenangkan belum lagi terasa di hidungku. Burung-burung berkicauan dengan merdu yang tidak lepas dari telingaku. Hari ini adalah hari yang pertama untuk aku menyambung sesi pembelajaranku di universtiti sebelum aku balik ke Korea semula untuk bekerja di sana sementara. Tidak sabar rasanya mahu merasai guru-guru Malaysia mengajarku. Aku akan bertolak pada pukul 9:30 pagi untuk pendaftaran bersama keluarga. Qaisarah dan Nasirah pergi bersama keluarga mereka masing-masing dan menuju ke universiti yang sama .Aku mengambil bidang kelab seni dan fotografi. Untuk tahun akhir ini, aku akan belajar bersungguh-sungguh sampai aku graduate. Aku pun diarahkan untuk masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran. Keluargaku pulang sebaik sahaja aku masuk ke kelas. Aku duduk di barisan kedua paling hujung sekali belah kanan. Rasa segan pula mahu belajar di sini apatah lagi semua pelajar di kelas itu memandangku macam nak makan aku saja. Aku hanya membalas senyuman sahaja pada mereka.Orang di hadapanku menegurku.
     "Assalamualaikum, pelajar baru ke?"
     "Waalaikumsalam, ya. Saya baru di sini." Seganku.
     "Oohh. Nama saya Nadia Syafirah. Panggil Nad je"
     "Oouhhh. Saya Ariyana Zahra. Panggil Zahra saja" Kataku.
     "Cantiknya nama awak! pandai ibu dengan ayah awak pilih kan?" pujinya.
     "Ehh, biasa je. Terima Kasih. Nama awak pun cantik" Aku membalas pujiannya.
     "Terima kasih."
Aku dengan Nadia berjabat tangan tanda persahabatan aku dengannya. Orangnya cantik berkulit putih dan sangat baik. Sambil aku menjenguk mereka sedang bermain, aku ternampak seorang lelaki yang sememangnya aku amat kenal. Dialah Azizie!. Azizie Yahya. Dia duduk agak jauh juga daripadaku dan aku cuba untuk memanggilnya tapi tidak kesampaian kerana guru pun sudah masuk ke kelas kami. 
     Nama guruku itu adalah Prof Awina. Dialah yang akan mengajar kami tentang bidang yang kami ceburi ini. Selepas selesai memberikan penjelasan tentang pelajaran hari ini, Prof Awina menyuruh kami menyalin nota yang dia berikan. Sedang asyik menyalin sampai macam nak putus jari, seorang lelaki muncul kerana datang lambat dan lelaki itu ialah Nadzri.
     "Mwo?? Nadzri?? apahal pula dia masuk kelas ni? Macam tak ada kelas lain ke nak masuk? Siap kau Nadzri!" Marahku sambil membulatkan mataku dengan amat besar mengalahkan bola ping pong.
 Macam manalah mamat tiang bendera yang terlebih tinggi ni boleh sama kelas dengan aku. Aku memang tak jangka langsung dia sama universiti dengan aku lagi-lagi duduk di kelas yang sama. Dia meminta maaf kepada Prof kerana datang lambat ke kelas dan Prof itu pun memaafkan sahaja. 
     "Kenapa tak denda je. Ish! baik sangatlah Prof ni" Ngomelku.
Orang yang duduk bersebelahanku mula mengumpat si Nadzri yang dia tu handsome macam artis Korea. Aku rasa diorang ni dah buta agaknya. Bukannya handsome mana pun. Lee Kwang Soo aku lagi handsome, kacak lagi bergaya serta tampan. 
     Nadzri ternampakku dan dia pun turut sama membulatkan matanya. Aku mengetap gigiku seolah-olah aku bercakap dengannya tanpa suara supaya semua orang tidak tahu. Dia pun duduk di hadapan sekali. Aku pun menyambung kerjaku dengan hati yang membara. Selepas semua pelajar sudah menyiapkan nota, Prof Awina menerangkan apa yang dia tulis di situ. Dia hampir terlupa untuk memperkenalkan diri dan menyuruh setiap ahli pelajar perlu memperkenalkan diri seorang demi seorang dan kami pun lakukannya sehingga ke giliran aku untuk memperkenalkan diri. 
     "Assalamualaikum, nama saya Ariyana Zahra binti Zainal Razak dan saya baru di sini. Sebelum ini saya belajar di Universiti Ehwa di Korea. Harap saya dapat kawan yang ramai disini.
Habis sahaja aku memperkenalkan diri, ada yang menyampuk.
     "Perempuan gila ~"
Dengan menggunakan telinga ku yang tajam ini, aku terdengar suara yang amat tidak menyenangkan yang mengatakan aku "Perempuan gila" dan tuan empunya suara itu sememangnya adalah suara Nadzri. Aku memang menyirap sahaja dengan dia sejak aku dengan dia berjiran lagi. Nasib baik aku tahan sabarku ini. Airku masih ada lagi dan api pun belum marak lagi. Semua pelajar memandang Nadzri dan dia hanya tersenyum sahaja. Orang yang sudah angau dengannya pun dengan rela hati memaafkannya tetapi yang lain menunjukkan muka amaran supaya jangan bising. Hah! padan muka dia. 
     Aku pun pergi ke tempat dudukku semula sambil menunjukkan muka yang marah kepada budak terlebih tinggi itu dan aku melabuhkan punggungku dengan tertib dan saksama.

Kelas pun dah habis. Jadi aku pun mula mencari kawan-kawanku Qaisarah dan Nasirah. Mereka mengambil bidang lain sebab itulah mereka tidak duduk kelas yang sama denganku. Nadia pun mahu memasuki 'geng' kami kerana dia pun baru di sini. Dia sebelum ini belajar di Eropah dengan bidang yang sama.  Sedang mencari kawan-kawanku, ada seseorang yang memberi salam kepadaku.
     "Assalamualaikum, Yana"
     "Waalaikumsalam. Eh, Jijie!"
     "Ai, kau dah pelat Z dah ke? Zizie lah. Azizie Yahya"
     "Alaa. Beza Z dengan J je. Eh ni nak kenalkan ni..."
belum habis aku bercakap, Zizie dah mencelah.
     "Nadia Syafirah. Kan?"
     "Ya ya. Panggil Nad je" Kata Nadia.
     "Laju je kan kau" perliku pada Zizie.
     "Mestilah. Kawan aku juga kan" 
Aku hanya tersenyum sahaja. aku pun terserempak dengan Qasirah dan Nasirah. Aku pun memperkenalkan pada mereka tentang Zizie dan Nadia kepada Qasirah dan Nasirah tentang mereka. Azizie meminta izin untuk mengundur diri kerana mahu 'lunch' bersama kawannya, Hanaffi. Aku pun mengizinkannya. Kami terus pergi membeli makanan dan mencari tempat duduk. Nadia memulakan perbualannya dengannku.
     "Nadzri tu handsome kan?"
     "Eeerr.. ha! handsome sangat! handsome gila!" Kataku dengan hanya senyum kambing sahaja.
Qasirah pun mula mencelah.
     "Siapa Nadzri?"
Nadia terus menceritakan tentang Nadzri dari mula hingga akhir dan mereka pun sudah angau dengan Nadzri itu. Apa yang handsome sangat sampai pelajar perempuan tergila-gilakan dia? Aku sudah bosan mendengar cerita yang boleh memeritkan telingaku bila mendengarnya.
     "I have to go now" Kataku.
     "Eh, nak pergi dah? kenapa?" Tanya Nasirah.
     "Ada assignment yang nak siapkan"
     "Eehhh tweet tweet! prof baru bagi nota kan? takkan awak tak siap lagi. Awak kata dah siap?" Celah Nadia.
Sebenarnya aku mahu jumpa dengan Nadzri sekejap tapi aku terpaksa menipu mereka demi menutup rahsiaku pada mereka.
     "Eeerr.. err.. S...saya.. Ha! Assignment yang dekat Korea belum siap. Bye! Anyeong!" Gagapku.
Aku pun terus berlari meninggalkan mereka dan terus masuk ke kelas. Didalam kelas itu hanya aku sahaja seorang. Sambil aku duduk kepenatan, aku terserempak dengan Nadzri. Masa yang tepat!. Aku pun terus menuju kepadanya dengan api yang mula marak seakan-akan tiada air yang mahu membantu.

BAB 5

 "Yahhh!!!! kau buat apa kat sini? tak ada universiti lain ke kau nak pergi?" Anginku sudah mencapai tahap maximum.
"Aku belajar la. Takkan aku nak berkelah pulak kat sini?" Kata Nadzri.
"Kau ni macam tak ada Universiti lain nak register. Menyampah tau tak kalau aku tengok muka kau hari2 dekat kelas"
"Eh suka hati aku la. Yang kau tak puas hati sangat ni dah kenapa? apehallll?"
"Sebab aku benci kau, Nadzri Firdaus!"
"Mana kau tahu nama penuh aku? kau stalk aku eea? Eh kau ni spoil la!" hairannya.
"Aku tengok dekat nametag kau la, tiang bendera"
"Apa kau panggil? tiang bendera?" marahnya.
"Keundae wae? (habis apa?) menara KLCC?" perliku lagi.
"Apahal pulak aku menara KLCC? kau tu perempuan gila?"
"Bo? yahh! mentang2 kau tinggi senang-senang je kau nak kutuk. Kau ingat kau sorang je yang boleh tinggi? Aku pun boleh la!"
Aku terus mengambil kerusi dan memanjat kerusi itu sambil menghadap si tiang bendera ni.
"Hah! sekarang aku lagi tinggi daripada kau! hahaha! bwwuekk2!!" Ejekku tanpa segan silu.
Tidak sampai seminit, dia menolakku hingga tersungkur ke bawah.
"Kau tak payah nak panjat atas kerusi sangatlah! kau kena terima hakikat yang kau tu pendek" dia membalas ejekanku yang tak berapa nak menjadi itu
"Yah!!!!!!!!"
Tiba-tiba professor Awina yang mengajar kami sebentar tadi masuk ke kelas melulu sahaja dan ternampak kami. 
"Eh, apa kecoh-kecoh ni? dari luar dah dengar? Gaduh ye? kalau kamu buat hal hari pertama, saya akan adukan kepada...."
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Nadzri terus berlari menuju kepada Prof Awina. Aku pun hanya menonton sahaja.
"Eh Eh Eh, jangan macam tu prof ~ Kami janji takkan buat lagi. Meh saya belanja makan aiskrim coklat siap ada choki2. Nak?" Bodeknya. 
"Amboi, bodek prof nampaakk?"
"Eh, mana tau ni? saya tak bagitahu prof pun. Wahh! prof ni memang pandai bab teka meneka ya? Prof pernah main teka teki kat sekolah ke?" Merepeknya sudah makin jauh.
"Juara lagi! Eh dah la! Daripada layan awak berdua boleh sakit mental dah. Saya nak ambil marker saya sahaja sebab tertinggal" Terangnya.
"Oooo ~ ambil lah. Tak larang pun" aku mecelah.
Prof Awina pun segera mengambil marker pennya dan berlalu pergi sambil memberikan senyuman yang manis. Nadzri si tiang bendera terus meninggalkan aku di kelas tapi aku sempat memanggilnya.
"Oi! aku belum habis lagi dengan kau, kau blah macam tu je kan?" Kataku.
"Eh dah laaa!! malas nak hadap muka kau! kau pergi main kat rumah kau"
Dia pun berlalu pergi meninggalkan aku dan sudah beberapa kali aku memanggilnya tapi tidak dijawab. Kurang asam jawa extra betul si zirafah ni. Boleh dia kata aku perempuan gila. Ehh sorry to say la aku cakap, aku masih waras lagi bukan macam si Nadzri tiang bendera tu.

JAM 3:00 petang, aku pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur baur. Tak tahu nak marah ataupun gembira. Rasa geram pun ada. Kenapa dia boleh muncul dalam hidup aku? Macam mana aku boleh cair bila aku lihat gambarnya dalam kamera? 1001 soalan yang berserabut di kepalaku yang tiada jawapannya. Mujur aku ingat!. Aku dengan tidak teragak-agak mengambil kameraku dan memadam semua gambar-gambar 'mamat sengal' itu supaya aku tidak mahu lihat mukanya lagi. Sudah terlampau meluat tengok muka dia. Rasa bosan pula duduk di rumah seorang diri. Kak Zura kerja, Fad masih lagi di sekolah, ibu dan ayah pula pergi membeli barang. Aku sahaja yang ada di rumah. Aku keluar dari bilik dan mula membuka televisyen melayan drama Korea My Love From The Star. Aku ternampak seguni kain yang tidak di sidai lagi di dalam bakul. Mungkin ibu tidak sempat untuk menyidai kain tain terlupa. Aku pun terus mengambil seguni kain yang sudah macam gunung Everest dan menyidainya di luar rumah
     Sebaik aku menyarung selipar dan berjalan menuju ke ampaian, dengan tidak semena-mena aku tergelincir dan punggungku terus menghempap di atas lantai.
"Ya Allah! sakitnya ~" Ngomelku dengan rasa kesakitan.
     Rupa-rupanya aku tergelincir desebabkan kulit pisang yang datang entah dari mana tiba-tiba ada. Aku jamin ini semua kerja mamat sengal tu. Kurang asam pedas sungguh si tiang bendera ni. Berani dia buang kulit pisang dekat rumah aku. Dia ingat rumah aku ni tong sampah awam?
     Secara tak langsung aku terdengar bunyi orang sedang gelak mengekeh-ngekeh di sebelah rumah. Aku pun mendekati orang yang sedang gelak macam kuntilanak itu. Memang sah!. Nadzri!
     "Wooii! berani kau buang kulit pisang kat rumah aku kan?" Marahku.
     "Halaaaa ~ takutnya aku! woi! suka hati aku la! takkan kau tak nampak kulit pisang tu? memang sah kau kena ada mata empat ni baru boleh" perlinya.
     "Masalahnya, aku tengah bawak beban ni. That's why la aku tak nampak! sengal!" Kataku.
     "And that's why la aku nak buang kulit pisang dekat rumah kau! baru bergegar satu rumah kau jatuh! hahaha" 
     "Kalau aku layan kau sampai maghrib ni memang tak habis kan? malas aku nak layan tiang bendera macam kau"
     "Aku pun malas nak layan budak perasan orang Korea macam kau juga" dia melawan.
     Aku terus masuk semula ke dalam rumah sampai tidak jadi mahu menyidai kain. Jadi tiada mood pula. Mana aku tak marah kalau sampah dia buang kat rumah aku. Dia memang nak cari pasal dengan aku. Nasib baik iman aku kuat kalau tidak dah lama aku karate dia cukup-cukup. Aku menyambung menonton drama Korea itu tanpa menghiraukan sesiapa.  

BAB 6

     "Kau terjatuh depan rumah sebab kulit pisang? hahahahahahaaha!" Kata kak Zura sambil ketawa terbahak-bahak.
"Kenapa akak gelak? Zahra tak buat lawak la! yang merana Zahra juga" Hairanku.
"Kau jatuh mesti kelakar kan? hahahaha!"
"Kak Zuraa! jangan la gelak ~" Pintaku.
Akhirnya Kak Zura berhenti juga setelah asyik ketawa sahaja.
"Yela2 tapi lain kali tengok la bawah dulu. Arasso?" Katanya.
"Yela. Kenapa si tiang bendera tu kurang ajar sangat?" Tanyaku
"Tiang bendera? siapa? okay, tiang bendera Selangor ke Korea" Kak Zura mula cari punchline dia tu.
"Haishh! apa akak ni? Ini tiang bendera yang tak lama nak kena tebang! Si Nadzri tula. Boleh pulak la dia buang kulit pisang dekat depan rumah kita ni? kurang asam boi betul lah dia ni!" Terangku.
"Oooo Nadzri. Akak tak rasa la dia kurang asam boi. Yang akak tahu Nadzri ni baik orang dia. Tak tau la kalau dia kurang asam jawa pula"
"Ha ini la yang nak bagitahu ni! Ish! dia baik? hurgh! tolonglah! nak tengok muka dia pun Zahra dah meluat" Ngaduku.
"Eleh, ingat akak tak tahu yang Zahra ambil gambar dia. Akak dah tengok dah semua gambar-gambar yang Zahra tangkap tu. Gambar Nadzri yang belambak dekat kamera tu. Cakap je la yang kau dah cair dengan Nadzri kan"
Alamak! kantoi! macam mana Kak Zura tahu ini? Aku cuba untuk menyembunyikan diri di dalam semak.
"Eobseo! (tak ada!) M...m..masa tu Zahra mana kenal dia tu siapa. Zahra main ambil jela gambar-gambar yang mana ada. Ingat handsome sangat ke dia tu. Sikit pun tak cair langsung la!" Tipuku. Sememangnya sebelum aku kenal Nadzri aku sudah teramat cair macam dah tak boleh beku lagi bila merenung wajahnya.
"Akak tak percaya langsung yang Zahra tak cair dengan Nadzri"
" Tak percaya sudah. Zahra tak paksa pun suruh percaya"

Aku masuk ke dalam bilik dan mahu memikirkan sesuatu idea bagaimana untuk kenakan balik dekat Nadzri dan akhirnya aku sudah ada idea dan 'benda' itu akan aku buat pada esok hari di dalam kelas.
"Baru dia tahu aku ini siapa. Hey! ni Zahra la! Ariyana Zahra anak Zainal Razak la weyhh ~ aku jamin prank aku yang memang daebak (hebat) ni memang gempak! hahaha" Kataku sambil ketawa jahat.

Di Kelas,
Semua pelajar mula keluar untuk makan tengahari. Aku sudah memberitahu Nadia yang aku mahu buat homework dan menyuruhnya pergi bersama Nasirah dan Qaisarah. Dia hanya mengangguk sahaja. Peluang yang dinanti-nantikan. Motif aku untuk prank si tiang bendera ini adalah aku mengambil beberapa ekor cicak yang aku beli di kedai semalam dan aku akan masukkan ke dalam begnya yang di tinggalnya di dalam perpustakaan dan akhirnya sudah dilaksanakannya.
"Padan muka kau. Cicak-cicak yang aku kasihi sekalian, tolong jaga Nadzri baik-baik ya. Dia baik orangnya. Jangan sakitkan hati dia ya. hahahahaha!" Ngomelku sambil membuat ketawa jahat sekali lagi. 
sebaik sahaja dia memilih buku rujukan dan duduk di tempat belajarnya, aku hanya buat tidak tahu sahaja apa yang berlaku. Nadzri mula mencari sesuatu di dalam begnya. Mungkin pencil case dia agaknya. Aku mengira di dalam hati.
"Hana...... dull..... Set!" Kiraku. 
Tiba-tiba dia terkejut beruk bila dia melihat begnya yang dipenuhi cicak. Aku tidak tahan menahan ketawa bila melihat reaksinya. Tapi aku perlu sembunyikan reaksi mukaku supaya orang lain tidak tahu. Akhirnya misi jahatku berjaya. Kau kenakan aku lagi kan and then, kau kena balik juga akhirnya. 

Hari ini adalah hari yang paling gempak kerana dapat melihat muka terkejut yang macam beruk itu bila dia tahu yang di dalam begnya ada cicak. Dia ingat aku tak berani buat. Dasar tiang bendera takut cicak. Haha.
     Tiba-tiba ada seseorang memanggilku apabila aku baru sahaja mahu masuk ke dalam kereta dan orang yang memanggilku ialah si tiang bendera takut cicak, Nadzri.
"Wey, apahal kau letak cicak dalam beg aku? berani kau kan?"
"Aku memang berani pun. Itu sebenarnya balasan untuk kau pasal semalam. Sekali aku dah tumpahkan, memang tak la aku nak jilat balik tau!" banggaku.
"Eleh, haritu aku nampak kau tumpahkan air sirap lepas tu kau jilat balik tu apa benda?"
"Hoi! mana ada! yang tadi aku cakap tu perumpamaan la sengal!"
 "Itulah yang aku nak cakap tadi. Rilek la! aku punya BM gagal" katanya.
"Hhhmm... patutlah bengap semacam je"
"Sebengap-bengap aku pun, aku tak perasan korea macam kau."
"Ceh, muka pun macam muka pecah kedai runcit, ada hati nak kutuk kita"
"Oi, aku boleh masak maggi 2 minit tau! Seminit pun boleh" Katanya dengan nada berlagak.
"Apa kena mengena? Kalau macam ni boleh masuk wad aku"
"Baguslah kalau dah pikir macam tu. Awal sikit masuk tu ya. Ok Bai perempuan gila! haahaha"
"Eeeeiiii Nadzri Firdauuuuuusssssss!!!!!"
Dia terus meninggalkan aku tanpa menghiraukan panggilanku. Semakin lama semakin menyampah aku melihat mukanya. Sakit pula hati kita. Siap kau Nadzri! Aku takkan biarkan kau!

BAB 7

Di dalam kereta,
Rasa nak stapler saja mulut si Nadzri itu. Sudah kali ke berapa aku pun tak tahu sebab aku malas mahu kira dia panggil aku 'perempuan gila'. Nasib baik imanku kuat kalau tidak sudah lama aku masukkan dia dalam hospital gila. Sambil aku membebel di dalam kereta, minyak keretaku tinggal suku sahaja. Mujur tempat mengisi minyak tidak jauh dari sini jadi aku pun singgah ke stesen minyak. Seperti biasa aku membayar duit dan mula mengisi minyak. Selesai sahaja mengisi minyak aku masuk ke dalam kereta dan mula berasa lapar. Tiba-tiba aku terpikir mahu minum kopi. Aku pun menelefon Nadia.

Hello..
Hello.. siapa ni?
Zahra la. Tadi dia yang bagi nombor dekat kita. Tak ingat.
Ingat je. Kenapa call ni? ada prob ke?
Tak ada. Just nak ajak awak pergi minum-minum je ni.
Sedappnyaa ~ bila nak pergi ni?
Ai ~ belum rasa lagi dan sedap?
Biasa la kena bayangkan dulu. Haha
Pun boleh kan. haha. Sekarang la. Jom! I'll fetch you.
Ok. Tapi tahu ke rumah saya.
Hey! kemon la Nad. GPS kan ada. Meh sini adress awak. Saya try search dekat GPS saya.
Haha ok. Nanti saya whatsapp awak ok?
Arasso! Bye!
Bye!

Barulah semangat sikit kalau nak minum kopi. Harap aku dapat menikmati kesedapan americano tanpa diganggu oleh sesiapa dan harap tiada manusia macam si sengal itu. Kalau dia ada masa aku tengah 'menikmati', tak tahu la jadi apa nanti. Kalau ada 100 orang macam Nadzri itu, mahu tak stress aku macam ni. Harap tak ada macam itu.
     Aku pun sampai ke rumah Nadia dan Nadia sudah tercegat di hadapan rumahnya dan dia terus memasuki ke dalam keretaku.
"Lama tunggu?" Tanyaku.
"Eh tak ada la. Baru je. Saya ni pun baru siap sebab tadi tengah layan internet" Jawabnya.
"Ohh patut la tengok lipstick sampai ke pipi ~" aku tergelak sekejap.
"Yeke?" Tanyanya. Dia pun menenyeh pipinya secepat mungkin dan menyambung ayatnya.
"Ada lagi?" Katanya sambil menunjuk pipinya kepadaku.
"Tak ada dah." 
"Ok''. Dia pun masuk ke dalam keretaku dan mengubah kedudukannya untuk duduk.
Tiba-tiba dia memegang lenganku supaya aku berhenti sekejap.
"Eehh chop3! Saya sebenarnya ada ajak kawan sekali"
"Siapa?" Hairanku.
"Ala yang paling handsome dekat Universti kita tu?" Katanya sambil tersengeh.
"Siapa ek? ada ke yang handsome dekat situ? Hang habak mai sapa yang handsome sangat ni?" Kataku dengan loghat Kedah.
"Nadzri la. Nadzri Firdaus ~ awak tak kenal ke?"
"Haaaa!! N..nn..nadzri?" Terkejutku.
"Yupp! Nadzri. Dia pun nak ikut sekali. Boleh ke?"
Kenapalah masa nilah dia ada. Masin sangat mulut aku ni sebut nama dia tadi. Kan dah kena! padan muka aku!
"Errr..err.. b..bboleh boleh ~ boleh sangat! alah small matter punya hal la!" Aku terpaksa menghadap mukanya sekali lagi. Aku kena sediakan bekas supaya kalau mahu termuntah bila pandang muka dia, aku guna bekas sahaja. Senang sikit hidup aku.
"Baguslah kalau macam tu. Nanti dia suruh awak ambil dia dekat rumah"
Dia suruh aku ambil dia pula tu. Tak serik-serik lagi ke dia panggil aku 'perempuan gila'? Apa yang dia nak daripada aku? Sabar Zahra, sabar. 
"Boleh ke ni? Macam tak boleh je?"
"G..Gila tak boleh? of kozez la. Kawan punya pasal kan?" Kataku dengan rasa terpaksa.
Kami pun bergerak pergi ke rumah Nadzri dan akhirnya sampai juga kerumahnya padahal di sebelah rumahnya hanya rumah aku sahaja. Dari jauh sudah nampak si Nadzri disebabkan dia dah serupa macam tiang bendera, dari jauh sudah nampak dia. Dengan tidak semena-mena Nadzri pun terus masuk ke dalam keretaku tanpa segan silu.
"Assalamualaikum. Tak mengganggu ke?" Tanyanya tanpa sikit rasa innocent pun.
"Tak pun" sepantas kilat Nadia menjawab pertanyaanya.
"Tak sangat ~" perliku.
"Marah ke?" tanyanya padaku dengan senyuman yang semangnya membuat aku menyampah.
"Eh tak la. Suka gila! suka sangat-sangat!" aku hanya senyum kambing sahaja.
"Baguslah kalau macam tu. baiknya kawan aku sorang ni kan. So swee t~" Kata Nadzri. Bunyinya macam memerli aku sahaja. Aku pula hanya menahan sahaja perangai si sengal merangkap tiang bendera ni. Nadia hanya tersenyum. Kalau kau buat hal siap kau! 

BAB 8

Setibanya di restoran tersebut, aku rasa geram saja bila dia ikut aku sekali. Ingat bolehlah 'lepak' dengan kawan sendiri tapi terpaksa 'lepak' dengan jiran yang tak bersependapat dengan aku dan mula menjadi musuh sejak menjadi jirannya lagi. Sejak Nadia menjemput Nadzri untuk hangout bersamaku, semua seleraku terbantut dengan sepantas kilat.
     Nadia mula memesan air bersama Nadzri. Dia pula yang beriya-iya memesan air untuk Nadia. Aku pula yang menyampah tak tentu pasal. Dia menoleh ke belakang dan memandangku sekaligus membuat senyuman yang agak berlagak padaku. Aku tidak ambil kisah pun apa yang dia nak buat janji kau tak kacau aku. Kalau kau sentuh sarang tebuan aku, dengan tidak semena-mena aku sengat kau. Biarlah kau sekacak Zizan Razak, setampan Jep Sepahtu, Sehansem Kwang Soo, Secomel D.O EXO, aku takkan biarkan kau sentuh sarang tebuan aku.
     "Duduklah sini" Pelawa Nadzri untuk Nadia. Aku hanya menjeling sahaja kelakuan Nadzri itu.
"Eh, Awak tak order air ke? Bukan awak ke yang ajak saya hangout dengan awak?" Tanya Nadia. Budak sengal itu hanya mahu mencelah sahaja.
"Tiba-tiba dah tak haus pulak. Tadi perut bunyi lagu "Call Me Baby" dari EXO but sekarang dah elok dah." Kataku.
"Eh dia tak payah minum pun tak apa. Dia tak minum benda-benda makanan macam ni. Zahra, kau nak aku ambil biskut lutut ke? ada kat rumah nak?" Nadzri mula memerliku. Aku tengok dia kecik besar kecik besar kembang kempis kembang kempis saja. Kalau aku ada kuasa teletipati ataupun boleh hentikan masa macam dalam drama Korea My Love From Star itu, sudah lama aku tampar muka dia puas-puas lepas tu conteng muka dia sampai aku puas hati. Baru senang hati aku.
"Ingat lawak ke tu? gwenchanayo ~ (tak mengapa) aku dekat rumah ada biskut lengan, otot, telinga, kaki, jari, siku, pelipat kaki semua ada. Biskut lutut yang kau cakap tu pun ada. Jangan risau" aku mula berlumba-lumba memerli sesama sendiri macam lumba kereta F1. Akhirnya dia terdiam seketika sambil membuat muka tidak puas hati padaku. Aku pula membuat senyuman jahat padanya. 
     Selepas hampir setengah jam melayan karenah Nadia dan Nadzri, aku pun memutuskan untuk balik. Kalau dibiarkan diorang ni, entah jadi apa agaknya. Tahu-tahu saja aku dah jadi tiang restoran ni dah. Aku mengajak mereka balik.
     "Terima kasih sebab ajak hangout" Kata Nadia.
"Sama-sama"
"Eh kejap! baru saya perasan! macam mana Zahra boleh tahu rumah Nadzri? pernah pergi rumah dia ke?" Tanyanya padaku. 
Aku sudah cemas. Mahu tepis, takut dia yang cepat menangkapnya. Terpaksa aku menjawab persoalannya.
"S...ss..sayaa.. saya.. ha! Nadzri bagi adress dekat saya. Dekat whatsapp" Gagapku.
"Masa bila pula awak ada nombor telefon Nadzri?"
Aku semakin cemas. Aku sudah berpeluh-peluh mahu menjawab soalan ngeri ini. Tapi mujur si tiang bendera ini membantuku. Terima kasih, tiang!
"Saya yang bagi Zahra nombor telefon saya. Nanti senang kalau member ada masalah, boleh calling-calling"
Aku menarik lafaz lega. Akhirnya Nadia puas hati dengan jawapan yang kami jawab segala pertanyaannya dan Nadia terus keluar daripada keretaku dan memasuki rumahnya. Aku mulakan 'muqadimah'ku sambil menghidupkan enjin untuk balik ke rumah dan menghantar mamat sengal ini.
"Terima kasih banyak-banyak sebab 'cover' aku tadi!"
"Sama-sama. Sepatutnya kau berbangga ada jiran yang baik lagi hansem serta bergaya macam aku ni" dia mula berlagak depanku.
"Aku ucap terima kasih itu pun dah kira bagus tau. Ini tetiba berlagak pula. Podaahhh!"
"Lebih baik aku puji diri sendiri tau daripada kau perasan bagus tu"
"Nasib baik mood aku baik tau sebab naik kereta aku kalau tidak dah lama aku tinggalkan kau dekat highway tau!" Kataku.
"Muka aku ni, tak sampai 5 minit je ada orang ajak naik kereta dia suruh tumpang tau. Kau ingat muka aku tak boleh jual? Lainlah muka kau. Memang tak laku punya"
"Amboi5 ~ lain kali kalau cakap tu biar berlapik sikit boleh tak? bayar zakat dulu sebelum mengutuk aku. Habis kau tu bagus sangatlah?"
"Yupp! memang bagus pun. Kenapa? ada masalah?"
Memang! Aku perhati je kau ni tau tak! Haisshhh kau ni main kasar nampak? Ok tak apa. Nasib baik iman aku kuat tau!"
"Eleh ~ sebenarnya kau jelly kan ada orang minat dekat aku?" Kebanggannya makin membuak-buak.
"Tak kuasa aku nak jealous. Aku pun ada orang minat la. Cuma aku je tak layan diorang"
"Kau jelly! Kau jelly! perempuan gila jelly!"
"Hoiii!! kurang asam!!!!"
Aku asyik bertengkah sahaja dengan Nadzri sampai ke rumahku. Masa mahu masuk rumah pun kami masih bertekak lagi. Kali ini aku mengalah. Lain hari aku takkan mengalah lagi kecuali kalau tengah terdesak sangat. Jumpa kau esok, Sengal!

BAB 9

Di dalam kelas, semua pelajar masih lagi sedang bersuka-ria semasa guru tiada dan Azizie mula menegurku.
"Hai!" Tegurnya.
"Hai! Jijie"
"Kau tengah buat apa?"
"Tak ada buat apa-apa pun. Habis kau ingat aku tengah buat apa?"
"Ingatkan kau tengah menari tadi"
"Haha. Kau punya punchline ~ kemain!" Gelakku.
"Ok tak punchline aku? macam Shiro?"
"Boleh la"
"Urrmm.. malam ni kau free tak?" Tanyanya padaku.
"Boleh kot. Waeyo? (kenapa?)"
"Tak ada lah. Ingat nak ajak kau hangout dengan aku. Pergi makan. Jom!" Katanya.
"Lepas pergi makan?"
"Pergi tengok wayang?"
"Tak nak la tengok wayang. Belum ada movie best-best lagi. Nak pergi kedai buku boleh?"
"Ok! Kita pergi kedai buku Popular."
"Kalau... Kalau kau belanja boleh? Ala sekali sekala apa salahnya kan? kan? kan? kan? please ~" Kataku sambil buat muka comel di depannya.
"Ya, aku belanja. Kalau kau minta something, mesti kau buat muka comel kan? Perangai tak ubah-ubah dari dekat Korea lagi" Katanya sambil tersenyum.
"Kau tak tahu ke ni taktik aku nak bodek orang? Bukan buat muka comel je, kadang-kadang aku menapi kpop lagi"
"Haha. Kau ni lawak la. Boleh tahan juga punchline kau kan?"
"Hei haruslah! Aku kan peminat tegar Sepahtu dengan Jozan? Shiro dengan Bocey pun aku minat!"
"Yela. So, jadi lah ni hangout dengan aku?"
"Jadilah! gila tak jadi? orang dah nak belanja takkan nak tolak pula?" 
"Itupun kau yang mintak!"
Aku tersenyum.
     Professor Madini pun masuk kelas setelah habis sahaja aku berbual dengan Zizie sebentar tadi. Bila dia mengajar, aku pun macam rasa mahu mengantuk sahaja tetapi aku memaksa juga mataku supaya lebih segar padahal asyik-asyik menguap saja. 
     "Gila lah! banyaknya assignment prof bagi. Aku kena siapkan juga sebab aku dah tak sabar nak pergi kedai buku dengan Jijie. Borong novel yowww!!" Ngomelku. Sudah lama tidak membaca novel.

JAM 8.45 malam, Aku mula menyiapkan diri untuk keluar bersama Azizie merangkap Jijie. Hari ini aku membawa wang RM200 semata-mata mahu membeli novel. Bukan novel cinta saja, buku Islamic, buku rujukan dan buku untuk Fadzlie yang akan memulakan peperiksaan PT3 tidak lama lagi. Sudah lama tidak keluar bersamanya. Jadi rindu pula. Selalunya aku keluar bersama Azizie untuk pergi ke kedai buku kalau tidak pun pergi study atau pergi jalan-jalan di sekitar Seoul. 
     Bunyi hon kereta pun sudah bergema di depan rumahku. Semestinya kereta Azizie takkan kereta aku pula. 
"Nak pergi mana tu? dah solat Isyak belum?" Ibuku mula curiga.
"Nak pergi keluar kejap dengan Azizie. Kawan kolej dekat Korea tu. Dah solat dah bu ~" Jawabku.
"Dah solat tak apa. Ingat! jangan nak gatal-gatal tangan tu nak pegang-pegang dia ok? Kalau tak, meh sini ibu cubit nanti baru tahu!"
"Amboi garangnya! jangan garang sangatlah. Takut! haha" Perliku.
"Ibu marah ni sebab sayang tau!"
"Iyela bu ~"
 Aku pun keluar dan memakai kasut serta memberi salam kepada ibu. Aku terus masuk kedalam kereta dan melambai ibuku dan sempat lagi dia memesan supaya jaga tingkah laku. Aku hanya mengangguk sahaja. Aku terus tanya Azizie.
"Lama tuuu....."
Tidak sempat aku menghabiskan ayatku, orang yang mengajak keluar itu bukannya Azizie tapi Nadzri! 
"Oi! kau buat apa kat sini?"
"Nak keluar dengan kau la!. Takkan nak keluar dengan memerang pulak!"
"Macam mana kau kat sini? Zizie mana? Zizie manaaa??!" Marahku.
"Oi! tak payah la jerit-jerit! bingit la telinga aku! Kalau aku pekak kau jangan tanya aku sebab apa eea! Aku cakap dengan Mamat tu......"
"Oi oi oi!! Correction! Azizie ok! bukan mamat! huh!" Nyampukku.
"Ha yela itu la yang aku cakap tadi yang aku bagitahu siapa nama dia tu?"
"Azizie!!"
"Ha! Azizie! Bagitahu dekat Azizie yang kau tengah busy lepas tu aku cakap dekat dia yang aku nak pinjam kereta di ni ha sebab kereta aku rosak. So, itulah ceritanya!" Terangnya panjang lebar. 
"Kau Stalk aku eh?"
"Ewah ewah ewahh! sedap mulut berbicara, haa siap kau ya!" Katanya.
Sambil memeluk tubuh kerana perasaan yang marah di dalam kereta bersamanya, dia memberhentikan kereta di tepi jalan.
"Eh.. eh... Asal kau berhenti kat tepi highway ni?" Cemasku.
"Dengan segala hormatnya dipersilakan keluar wahai encik Ariyana Zahra"
"Ha?! O..Ok fine! kau ingat aku tak boleh cari cab ke dekat sini?"
Aku terus keluar dari kereta dengan perasaan yang memang rasa nak tibai sahaja Tiang bendera itu. Dia ingat aku tak boleh berdikari! Semasa dia meninggalkan aku dia sempat lagi memesan kepadaku.
"Jangan lupa sekarang tengah malam, dekat sini susah nak cari teksi dan keras. So, renung-renungkan dan selamat beramal! Assalamualaikummm!!" Perlinya sambil ketawa besar.
"Ingat aku takut ke ha! lain macam kau! Cicak pun takut! haha" Kataku berlagak.

 BAB 10

Bodohnya aku! kenapa aku ni pandai sangat pergi turun kereta tadi. Kan dah jadi susah! Aku mengetuk kepalaku sendiri membuktikan yang aku ni sebenarnya bodoh!. Aku berjalan di bahu jalan itu dengan muka yang memang buruk macam katak. Aku membuka Iphone dan mendengar lagu Korea. Sambil aku menyanyi lagu Korea di tepi jalan macam orang gila, ada kereta yang sedang mengundur ke belakang dan kereta itu adalah kereta Azizie yang dibawa oleh Nadzri.
     "Dah2! cepat naik! tu la tadi berlagak sangat nak cari teksi sendiri so sekarang kan dah susah! Cepat!" Kata Nadzri.
"Tak nak! Aku nak merajuk! Ye la aku salah!" Merajukku.
"Cepat la aku dah bagi naik kau tak nak! kau jual mahal! lantak kau la!" Marahnya.
Aku mahu membalasnya tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat. 
"Omo! hujan turun la!" Ngaduku.
Nadzri terus keluar dari kereta terus pergi ke arahku dan dia menutup kepalaku dengan jaket birunya. Aku merasai kehangatan tubuhnya. Aku terkejut kerana sanggup buat aku sebegini rupa. Aku memandangnya dan dia pula memandangku. Hatiku bagaikan mahu pecah bagaikan gelas yang aku pegang terlepas dari genggamanku. Kenapa kau terlalu baik denganku? Kenapa aku berdebar apabila aku disampingnya? bisik hatiku. 
"Eeerr.. dah! jom masuk kereta. Nanti demam pula" Katanya. 
Aku menukar arah pandanganku dan menuruti arahannya. Aku pun masuk ke dalam kereta bersamanya.
"Er.. Nadzri! A..a..aku mintak maaf. Disebabkan aku, baju jaket kau basah lenjun" Maafku.
Dia tidak membalas kata-kataku tapi dia terus menyelimutku dengan jaket birunya tadi.
"Nah ambil ni! nanti kau sejuk, aku pula yang kena hantar pergi klinik. Bazir duit aku lagi ada lah" Katanya.
Aku hanya mendiamkan diri dan terus memandang hadapan. 
"Kau nak stay lagi nak pergi bookshop ke atau nak terus balik? Aku terus hantar kau balik la. Nanti demam pula"
"Eeerr.. Okay"

JAM 9:40 malam, Sampai juga ke rumahku dan dia. 
"Uuurmm.. Terima kasih tau sebab hantar aku balik and aku mintak maaf sebab tadi. Aku berlagak sangat" Kataku.
"Tak apa. Lain kali jangan buat lagi. aku dah bawa kau balik pun dah kira bersyukur la. Sebab kesian la aku hantar kau balik tau. Kalau tidak, dah lama aku tinggalkan kau dekat tepi highway tadi"
"Yela ~!" Kataku.
"Ok la aku nak pergi hantar kereta ni dekat... dekatt..."
"Azizie."
"Ha! Azizie. Bai!"
"Bai! Anyeong! Assalamualaikum"
Aku pun keluar daripada kereta dan kereta itu terus berlalu pergi. aku memandang kereta itu hingga dia jauh daripadaku dan terus hilang dari pandanganku. Aku masuk kedalam dan terserempak dengan ibu dan Fadzlie.
"Ha! kenapa basah ni?" Tanya Ibuku.
"Tadikan hujan. tu yang basah ni". Jawabku.
Fadzlie pun mula menyampuk.
"Jaket tu siapa punya? Haaa! ntah2 kan kawan Kak Azah tu selimutkan dia macam dalam drama Korea tu" Perlinya.
"A..anieyeyo!(mana ada!) memandai je dia ni" Marahku.
"Eleh jangan nak temberang Fad la Kak. Fad dah khatam dah bab-bab macam ni"
"Betul ke ni Zahra?" Tanya ibuku.
"Ibu ni percaya sangatlah cakap si Fad ni. Ok la Zahra nak pergi mandi kejap. Fad, kalau kau hasut mak yang bukan-bukan, siap kau kejap lagi. Aku wrestling kau nanti!" Kataku. Fadzlie menjelirkan lidah kepadaku dan aku membuat muka yang marah dan terus berpaling ke arah bilik untuk menuju ke situ. Aku meletakkan beg aku ke atas katil serta jaket Nadzri. 
"Macam mana Fad tahu ni? Ish tu la aku ni ajar adik sendiri yang bukan-bukan. Nak bagitahu ke tak nak?" Kata hatiku. Disebabkan aku malas mahu berfikir, aku terus mandi untuk menghilangkan stress. 
     Selepas menyiapkan diri, aku baring di atas katil dan memikirkan tentang tadi. Dia terlalu baik untukku. Takkanlah aku dah cair dengan dia? Siapa la yang nak dekat aku? Mungkin dia pun meluat tengok muka aku. Aku pun terus memejamkan mata dan terus lelap. 

Aku hampir termimpi yang aku sudah berkahwin dan mendapat seorang anak. Aku terus bangun dari tidur dan beristighfar. Aku melihat jam dan jam itu menunjukkan pukul 3 pagi. Aku terus tidur semula dan membaca tiga Qul dan terus tidur.


BAB 11

Hari sabtu
Hari yang paling sibuk bagi aku kerana terpaksa membuat kerja assignment yang bertimbun-timbun itu. Aku bangun dari tidur dan jam menunjukkan pukul 9 pagi. Cahaya matahari yang menembusi jendelaku dan terus menyinari bilikku membuatkan aku terus bangun dari tidur. Dengan tidak melengahkan masa, aku terus pergi ke bilik air untuk mandi. Aku mengenakan pakaian T-shirt berlengan panjang berwarna hijau muda dan berseluar track. Aku mengeluarkan semua kerja-kerja assignment aku dan membuatnya. Aku baru mahu memulakan mukadimah, Fad memanggilku.
"Kak Azah! ibu suruh siram bunga dekat depan rumah lepas tu sidai kain!" Jeritnya.
"Haaiishh! budak ini! macam tak ada kaki pula nak panggil aku" Keluhku. Nak atau tak nak terpaksa lah kena bangun walaupun punggungku memang sangat berat kalau sudah duduk. Kelihatan Fad sedang berbalas-balas mesej di ruang tamu.
"Mesej dengan makwe ke?" Tanyaku
"Mana ada! tengah wechat ni. Dengan kawan Fad" Marahnya.
"Baru cakap sikit dah marah. Jangan marah kita bincang, Fad" sengihku.
"Tak marah pun"
"Hhhmmm yela. Ibu mana?" Tanyaku.
"Ibu pergi beli barang dengan ayah. Tu yang dia suruh Kak Azah siram bunga dengan sidai kain tadi".
"Ooohh. Ok".
Aku pun pergi menuju ke halaman rumah untuk menyiram bunga. Aku membuka pili air dan menyiramnya, Kebetulan si tiang bendera itu pun ada di luar dan sedang membasuh kereta Mini Coopernya. Aku memulakan perbualan.
"Mana kawan kau yang lagi sorang tu?" Tanyaku.
"Oouhh si Farid. Dia tengah beli barang masak" Jawabnya.
"Siapa masak? Farid? Waahhh ~~"
"Aku ~"
"Kau masak? haha. Kau masak apa?" Tanyaku sambil tergelak.
"Asal kau gelak? aku masak sedap tau! Kau apa tau? Aku masak asam pedas"
"Hhhmm boleh tahan taste kau kan?"
"Mestilah!"
Aku menyambung menyiram bunga tanpa menghiraukannya. Tiba-tiba dia pula menegurku.
"Kau ada sakit apa-apa ke? demam ke? sakit kepala ke ada?" Tanyanya.
"Eobseo (tak ada). Selsema sikit je. Asal? kau kesiankan aku ya?" Sengihku.
"Aku nak kesiankan kau? daripada aku kesiankan kau, baik aku kesiankan 'sayang' aku ni" Katanya sambil membelai keretanya.
"Eleh! cakap jela kau kesiankan aku kan? kan? kan? kan?" Kataku sambil memancut air ke arahnya.
"Ewah ewah! main kasar kau kan? siapa ajar kau simbah-simbah air ni?" Katanya sambil membalas seranganku tadi. Aku pun takkan mahu dibiarkan sahaja, aku pun membalas kembali serangannya dan akhirnya kami berbalas-balas serangan dan sudah bagaikan suatu peperangan yang sangat sengit. Habis basah lenjun aku dibuatnya. Tiba-tiba ada suara yang cuba untuk mengganggu rusuhan ini. Rupanya suara adikku, Fadzlie.
"Amboi ~ buat demokrasi tak ajak Fad!"
"Ohh Fad! nak join ke? meh la sini. Kalau sorang kering je mana adil?" Kata Nadzri sambil memancut air kepada Fad. Fad sudah mula naik berangnya.
"Kak Azah, bak sini paip air tu!" Katanya sambil menghulurkan tangannya kepadaku. Aku pula memberikan paip air kepada Fad dan dia terus menyambung serangan aku yang terbantut tadi. Fad memancut air tepat ke muka Nadzri dan Nadzri mengerang kesakitan. Aku panik lantas pergi ke rumahnya dan mujur pagar rumahnya tidak berkunci. Aku pun terus menuju kepada Nadzri yang sedang kesakitan.
"Wey Nadzri, kau okey tak ni? Gwechanayo? (kau ok tak?)" Resahku.
"Tak ok lah! sakit tau tak?" Katanya dengan tenang.
"Kena dekat mana tadi? Sorry ya" Rasa bersalah pula dekat dia ni.
Tiba-tiba Fadzlie mencelah.
"Abang, Fad minta maaf ye. Fad tak sengaja"
"Tak apa, Tak apa" Katanya.
Sambil dia mengerang kesakitan, dia mengambil paip air dan terus memancut air kepadaku dengan rasa tidak bersalah langsung.
"Woiii!! Tiang benderaaaa!! kau saja kan! Janganlahh!!" Marahku sambil menepis air yang dipancut oleh Nadzri. Kurang ajar betul mamat bibir tebal!. Aku merampas paip airnya dan menyimbah air kearahnya.
"Woi! aku pulak kena!" Katanya.
Padan muka kau! siapa suruh tipu aku. Kan dah dapat bahananya. Sambil saling simbah-menyimbah, aku terhenti seketika dan memandangnya. Kami saling berpandangan seperti masa dihentikan seketika. Kenapa dalam masa begini aku terasa lain dan pada masa yang sama, jantung aku kembali berdegup laju bila bersama dengannya? Nadzri terus memandangku dengan matanya yang redup itu tanpa berkedip. Takkanlah aku dah..
"Ehemm ehemm. Ni dah lain macam dah Fad tengok Kak Azah dengan Abang Nadzri ni" Katanya sambil tersengih.  Lalu dia memancut air kepada kami dan habis basah lenjun kami dibuatnya. Baju kami sudah boleh jadi kain buruk!. Aku dan Nadzri pun apa lagi, pancut air pada Fad dan aku memihak kepada pihak lawan.

JAM 11:30 pagi, Aku membersihkan diri semula selepas membuat rusuhan di luar tadi. Nasib baik aku sempat juga menyidai kain di depan rumah selepas penat bermain pancut-memancut air tadi. Mujur ibuku belum pulang lagi kalau tidak mesti dia bising bila dia lihat seluruh rumahnya penuh dengan air. Aku mengeringkan rambutku dan menyikatnya. Bila difikirkan balik, aku dengan Nadzri macam sudah kenal lebih 10 tahun. Padahal baru seminggu dua aku mengenalinya. Aku bergurau dengannya tanpa segan silu seperti pasangan kekasih. Ish, apa aku merepek ni? Ariyana Zahra, tolong sedar diri kau tu sikit. Dia tak suka kau pun yang kau tetiba menggelabah ni dah kenapa? Lebih baik aku sambung buat kerja daripada mengelamun kosong tak tentu pasal. Aku menyambung kerja assignment yang tertangguh tadi sehingga pukul 12:15 tengahari.
"Fiuhhh ~ siap juga akhirnya. Aku bangun dari meja belajar. Aku menghadap di hadapan cermin dan buat muka comel. Aku pose di hadapan cermin seperti model. Selepas itu aku menyanyi lagu I Need U dari BTS sambil menari dengan penuh perasaan hingga aku keluar daripada bilik dan pergi ke ruang tamu. Kelihatan Kak Zura dan ayah menonton 'Maharaja Lawak Mega 2013' di televisyen.
"Aik? bukan dah habis ke?" Hairanku.
"Memanglah dah habis. Ulangan je. Astro kan suka buka cerita berulang-ulang" Kata Kak Zura sambil ketawa terbahak-bahak bersama-sama ayah ketika melihat persembahan daripada Shiro. Aku pun melabuhkan punggungku di atas sofa dan menonton rancangan hiburan yang diminati ramai itu. Sambil sedang ketawa bersama-sama menonton rancangan itu, ada seseorang memberi salam di depan rumah. Aku menoleh ke belakang dan rupanya orang yang memberi salam itu adalah Farid yang sedang membawa sesuatu.
"Waalaikumsalam. Laa ~ Farid! Ada apa datang ni?" Tanyaku.
"Eeer.. ni ada buah tangan sikit".
"Ooohh.. Terima kasih. Susah-susah saja".
Aku membuka penutup tupperware itu dan rupanya Farid membawa asam pedas ikan pari.
"Ooohh asam pedas. Sedapnyaa ~" Pujiku.
"Zahra makanlah. Special untuk Zahra. Satu suapan Zahra, bagaikan 1000 kebahagiaan dalam hidup saya" Katanya sambil tersengih.
Jiwang la pula dia ni. Tapi mujur aku tak cair padanya. Rasa janggal pula bila dia kata begitu tapi aku mengendahkannya.
"Eerrmm.. terima kasih ye" Kataku dengan senyuman yang tak berapa nak ikhlas.
"Makan tau, jangan tak makan" Katanya sambil membuat bentuk hati kepadaku. Aku hanya tersenyum sahaja tapi hanyalah senyum kambing.
Aku membawa masuk lauk itu ke dapur dan berikan kepada ibuku.
"Siapa yang bagi ni? susah-susah saja" Tanya ibuku.
"Jiran sebelah"
"Jiran Pak Leman misai kontot tu ke atau jiran yang ada dua orang bujang tu?"
"Jiran yang ada dua orang bujang" Jawabku.
"Ooo.. Ha! apa lagi? salinlah dalam mangkuk" Katanya.
Aku pun menyalin ke dalam mangkuk untuk dijadikan hidangan makan tengahari nanti.

IBU memanggil aku, Kak Zura, Fadzlie serta ayahku ke meja makan untuk menjamu selera. Ibu meletakkan nasi ke dalam pinggan. Aku meletakkan lauk yang dimasak oleh ibu tadi. Ternampak asam pedas di depan mata dan baru teringat yang Nadzri ada kata asam pedas ini dia yang masak. Jadi, aku mengambil sekerat ikan pari itu beserta dengan kuahnya dan letak di atas pingganku. Rasa teruja pula nak rasa masakan dia.
"Amboi. sukanya dengan asam pedas tu. Siap tersenyum-senyum lagi. Macam dah tak pandang lauk lain dah" Perli ibuku.
"Memanglah bu. Apa salahnya Kak Azah nak rasa masakan  future husband dia" Nyampuk Fadzlie.
"Future husband?? siapa? Nadzri?" Hairan Kak Zura.
"Mana ada! memandai je. Fad reka-reka cerita. Jangan percaya sangat cakap si Fad ni! Fad memang macam ni. Dia suka cakap benda yang melalut-lalut tengahari buta macam ni" Cemasku.
"Habis tu kalau mana ada, kenapa berpeluh?" Kata Ayahku.
Semua memandangku sambil tersengih seperti mahu makan aku setelah berkurun lama mereka tidak makan. "Z..z..zahra memang kuat berpeluh la!" Kataku sambil mengelap peluh di dahiku. Kami pun terus menjamu selera tanpa melengahkan masa.
"Uiihhhh! kenyangnya ~" Kataku.
Tiba-tiba telefonku berbunyi dan tertera dengan nama Nasirah. Aku pun mengangkat telefonku.

Hello?
Hello. Kau kat mana?
Aku dekat rumah la. Waeyo (kenapa)?
Ooo. Ingat nak ajak pergi shopping. Dah lama kita tak pergi shopping sama-sama.
pergi pukul berapa? dengan siapa? dekat mana? bila?
Satu-satu la wahai ahjumma (makcik) oii! 
Aku excited sebab dah lama tak shopping dekat Malaysia.
pukul 2 petang dengan Qai and Nad. harini dekat Mid Valley.
Ouhh arasso (baiklah)!
Koll (setuju)?
Koll!
Ok, nanti aku ambil kau dekat rumah. Share kereta dengan aku.
Ok!

Tamat perbualanku. Sudah lama tidak membeli belah di Malaysia. Asyik di Korea sahaja. Dah la semua barang dekat sana semuanya mahal-mahal. Tidak mampu aku membelinya. Aku hanya beli mana yang mampu sahaja. Tidak sabar rasanya pergi ke sana dan aku hanya menunggu sehingga jam 2 petang.

BAB 12

Pin! pin!!
Bunyi hon kereta kedengaran dari luar rumahku. Itu pasti kereta Nasirah! Aku bergegas keluar dari bilik dan mengenakan pakaian kemeja tanpa kolar dengan berfabrik cotton denim bewarna biru dan seluar slack serta dikenakan dengan tudung wideshawl berwarna biru laut. Aku pergi kearah ibu yang sedang bermain 'candy crush' pada tabnya kerana untuk meminta izin kepadanya.
"Ibu, Zahra nak pergi Mid Valley tau! nak pergi shopping!"
"Balik jangan lambat sangat sampai lewat malam. Belikan ibu Oreo McFlurry tau!" Kata ibuku.
"Kak Zura pun nak satu!" Celahnya.
"Hhhmm senang-senang beli 4 jela. Ibu, Ayah, Fad dengan Kak Zura. Ok?" Kataku.
"Ini barulah nuna (kakak) yang paling Fad sayang!" Puji adikku, Fadzlie.
"Iyelah. Fad nak Kak Azah jadi nuna Fad yang paling sayang, Fad kenalah layan Kak Azah baik-baik".
Taulah. Sudah, pergi. Nanti lambat pula nanti". Aik? bunyinya macam menghalau saja.
"Sampai hati Fad halau Kak Azah ya" Saja nak bergurau apa salahnya kan?
"Apa Kak Azah ni?" Katanya sambil ketawa.
Aku pun keluar dari rumah selepas memberi salam tadi dan mencapai kasut sarungku serta memakainya lalu kelihatan kereta Vios miliknya sendiri sudah ada di depan rumahku. Keluarga Nasirah memang orang yang 'berada' dan ayahnya, Dato' Awaluddin menghadiahkan kereta kepadanya sempena hari lahir Nasirah.
"Anyeonghaseyo! lama tunggu?"
"Tak ada lah lama sangat" Jawab Qaisarah.
"Eeehhh tweet! tweet! tweet!" Celah Nadia.
"Waeyo? ada barang tertinggal ke?" Tanyaku.
"Kejap!"
Nadia keluar dari kereta dan menuju ke rumah si mamat bibir tebal itu, Nadzri. Aku hanya melihat saja. Maklumlah, Nadia ni sudah lama sukakan Nadzri sejak dia melangkah masuk ke universiti lagi. Aku ternampak Nadzri keluar dari rumahnya dan bertanyakan sesuatu dan Nadia memberikan sebuah bekas yang aku sendiri pun tidak tahu apa isinya. Aku terlihat Nadia tersipu-sipu malu mahu memberikannya. Orang yang tengah angau memang macam ini. Tergeliat sana, tergeliat sini. Apa yang dibualkan oleh mereka pun aku tidak tahu. Si Nadzri pun lagi layan minah ini lagi. Nadia pun masuk kembali ke dalam kereta dan aku bertanyakan soalan kepadanya.
" Cop! mana kau tahu rumah dia?" Tanyaku.
" Aku tanya kawan dia, Rizam. Tapi aku tak tahu pula kau duduk berjiran dengan dia. Kenapa aku tak tau? Kau memang sengaja tak nak aku tahu ya sebab mungkin kau cemburu aku suka Nadzri?" Ewah dia ni. Tanya aku mengalahkan pegawai penyiasat apatah lagi wartawan. Ya, aku memang sengaja tak mahu bagitahu yang aku ini berjiran dengan si tiang bendera tu.
"M..mana ada! Kau tak tanya macam mana aku nak bagitahu kau. Ceh, memang tak lah aku nak cemburu dengan kau. Aku tak hadap pun dengan dia tu" Maafkan aku, Nadia. Aku sedar aku mula cemburu bila kau bersama dengan dia. Eh? aku ni kenapa nak cemburu pula? Aku bukannya ada apa-apa dengan dia. Pantang berjumpa, mesti nak gaduh saja. Takkanlah aku suka dia pula? Haishh! peninglah aku macam ni!
"Kau mengelamun apa, Zahra?" Nasib baik Qaisarah tegur aku. Kalau tidak, aku punya mengelamun ni mungkin dah sampai Amsterdam.
"T..tak ada apa-apa" Gagapku kerana cuba untuk merahsiakannya.
"Hhhmm yelah. Kau bagi dia apa tadi?" Tanya Qaisarah.
" Kuih ketayap. Hak milik Nadia Syafira tau! sendirian berhad lagi!"
" Amboii ~ kemainnya depa bagi hat yang laki ja! hat kita tak mau kasi pon" Kataku dengan loghat Kedah.
" Ala ~ nanti aku bagilah. Lagi special!"
"Oklah kalau kau dah cakap macam tu! Dah jom!" Kata Nasirah dan dia pun memulakan perjalanannya.

BANGUNAN Mid Valley pun sudah berada di hadapanku. Nasirah mencari tempat letak kereta. Memang penuh kalau time macam ini. Nasib baik ada tempat kosong lalu Nasirah meletakkan kereta Viosnya di situ. Kami terus berjalan sambil cuci-cuci mata di beberapa kedai. Aku serta kawan-kawanku singgah di kedai baju yang terletak di tingkat dua. Rambang mata dibuatnya kerana semua baju-baju di situ semuanya cantik. Harganya juga berpatutan. Aku membeli dua helai baju dengan duit baki aku di Korea hari itu. Nasirah membeli sehelai baju sahaja kerana dia belum cuci mata lagi di kedai-kedai lain dan Qaisarah hanya melihat sahaja gelagat kami berdua manakala si Nadia masih lagi sedang angau dengan 'tiang' itu.
Sambil aku dan kawan-kawanku berjalan di sekitar Mid Valley, terserempak dengan Azizie.
"Eh, Jijie! buat apa dekat sini?"
"Zahra! saja jalan-jalan sini. Aku boring duduk rumah" Jawabnya.
"Ooo.. Ha! kenalkan, ini Nasirah, Qaisarah and yang ini Nadia" Kataku sambal memperkenalkan kawan-kawanku kepada Zizie.
"Alang-alang awak dekat sini, jom la jalan sama-sama!" Pelawa Nadia dan Azizie pula menuruti pelawaannya.
Sambil aku berbual dengan Qaisarah, Aku masuk ke kedai pakaian. Tak tahu mana nak pilih. Semuanya cantik pada mata aku. Ikutkan hati nak saja aku borong satu kedai ni. Dengan duit yang tak seberapa ni, aku belilah juga dua tiga helai baju yang aku pilih. Azizie banyak membantuku memilih baju yang sesuai. Salah satu daripada yang aku ambil ni adalah pilihan dia. Boleh tahan juga baju yang dia pilih. Memang sepadan dengan aku. Sebaik sahaja aku, Qaisarah, Nasirah dan Nadia pergi ke kaunter pembayaran, tiba-tiba sahaja Azizie mengeluarkan kad kreditnya dan memberikan kepada cashier itu. Aku sudah menghalangnya tapi dia tetap berdegil mahu bayar juga. Cuak jugalah aku tengok bilnya. Hampir RM500 kesemuanya termasuk baju Nadia, Nasirah dan Qaisarah. Selepas keluar dari kedai itu aku merasa risau macam mana aku nak ganti duit dia. Mana aku nak cekau duit sebanyak itu.
"Err.. Jijie, aku risaulah" aku punya sifat risau ni semakin kritikal.
"Kenapa pula? Apa yang kau risaukan?" Hairan Azizie. Tiga sekawan itu pun memandangku hairan.
"Macam mana aku nak bayar bil tadi? Banyaklah! RM500 kot! Mana aku nak cekau duit?"
"Kokjongma ~ (jangan risau), aku belanja korang. Sekali sekala apa salahnya" dia tersenyum.
"Are you serious? Alhamdulillah ada juga orang macam ni. Thank you, Azizie !" Nasirah menyampuk. Selamba sahaja dia ni. Tak ada sifat malu ke dia ni? Si Qaisarah dan Nadia pun gelak mengekek-ngekek macam hantu. Lawak ke?
"Eh tak apa ke? susah-susah je belanjakan. Bukannya sikit bil tadi" Aku kembali risau.
"Tak apalah. Aku ikhlas"
"Kalau macam tu tak apalah. Terima kasih" kataku sambil tersenyum dan Azizie membalasnya.
Kami juga ada singgah di Buskin Robins untuk membeli aiskrim yang di isi ke dalam cup sebab Nadia yang mahu membelinya. Bukannya nak belanja kitaorang pun. Ceh, kedekut! Aku mencebik masam dan dengan tidak semena-mena Azizie membeli sama seperti Nadia tapi berlainan perisa. Satu untuk Qaisarah dan satu untuk Nasirah serta satu lagi untuk aku. Senyum sampai ke telingalah depa berdua ni.
"Kau punya tak ada?" Aku hairan kerana dia punya tak ada aiskrim.
"Adalah. Kau punya ada. Aku kongsi dengan kau. That's why la aku letak dua sudu kat situ"
Tak perasan pula ada dua sudu dekat sini. Mereka memandangku dan Azizie dengan mata yang tajam. Besar kecil besar kecil aku tengok matanya. Diorang ni mesti fikir yang bukan-bukan. Aku teruskan perjalanan juga dan tidak mengedahkan mereka yang mempunyai syak wasangka 1001 persoalan itu.
Kami menyambung membeli belah seperti tadi. Qaisarah membeli sepasang kasut bertumit tinggi dan Nadia membeli 2 beg tangan manakala aku dan Nasirah membeli beberapa baju. Azizie pun tidak ketinggalan dan dia membeli seutas jam tangan dan dompet untuk dirinya.

PENAT berjalan dan membeli belah, Azizie mengajak kami pergi ke sturbucks untuk sebentar. Dia memesan air cappucino manakala aku memesan mocha sama seperti Nadia dan Qaisarah bersama Nasirah memesan latte. Aku sempat memesan 4 air mocha latte untuk keluargaku. Apa salahnya mahu minum air yang mahal sedikit. Mujur Azizie yang tolong bayarkan semua dan kawan-kawanku pula asyik tersenyum sahaja dengan gelagat aku dan Azizie. Haishh! belanja lagi. Banyak sangat ke duit dia sampai semua benda dia nak belanja? Jijie, Jijie.
Azizie memilih tempat yang sesuai untuk duduk. Qaisarah sengaja saja suruh aku duduk di sebelah Azizie dan aku tidak boleh berbuat apa-apa aku hanya menuruti arahannya. Nadia memulakan perbualannya.
"Macam mana awak boleh kenal kawan saya ni?" Tanyanya pada Azizie.
"Dekat Korea. Saya sama kolej dengan Zahra" Jawabnya.
"So, korang ada apa-apa ke? Macam ada something, somewhere je?" Celah Nasirah.
"Ish, tak adalah. Kitaorang memang kawan rapat dari Korea lagi".
"Ha! kan aku dah cakap tak ada apa-apa. Kau je excited sangat" Aku mula menyampuk. Aku kembali minum air yang aku pesan tadi dan tiba-tiba Azizie memandangku hairan. Dia tersenyum dan terus pergi ke kaunter. Kelihatan dia mengambil tisu pada tangannya. Eh, dia ni dah kenapa? Dia duduk dekat sedikit dari biasa. Rupanya dia nak mengelap mulutku yang comot terkena air yang aku minum tadi. Mataku membulat melihatnya. Berdegup jantung aku dibuatnya. Takkanlah dia nak ngorat aku pula. Ish, tak percayalah aku kalau dia nak mengorat aku. Mata-mata kawan-kawanku kembali tajam melihat adegan tanpa skrip tadi. Berbalas-balas tikaman mereka lemparkan kepada aku dan Azizie. Mereka semakin curiga dengan perbuatan Azizie tadi. Mulut kata lain, hati kata lain. Tapi memang betul pun aku tak ada apa-apa dengan dia. Diorang je tengok aku macam nak korek beji mata aku ni.
Kami pun berbual-bual kosong sambil menukar-nukar topik sehingga jam 4:20 petang. Azizie balik sendiri dengan kereta Myvinya manakala kami menaiki kereta Nasirah.

"TERIMA KASIH bawa aku pergi shopping! lagi berapa trip nak hantar lagi dua ekor ni? Haha" Tanyaku.
"Lagi dua trip! Haha! ok lah bai, Zahra!" Kata Nasirah. Qaisarah melambai tangannya padaku.
"Kirim salam dekat abang Nadzri tau!" Kata Nadia sambil kereta Nasirah sedang bergerak.
"Arasso!" Jeritku.
Aku pun masuk ke dalam rumah dan kelihatan Fad sedang membuat kerja sekolahnya manakala ayah dan ibu sedang menonton drama 'The Inheritors'.
"Assalamualaikum, nah air!" Kataku sambil memberikan seorang satu air yang aku beli tadi.
"Laa ~ ibu order lain" Rungut ibuku.
"Apa salahnya Zahra beli air yang mahal sikit. Mahal air ni bu. Sedap pula tu. Nasib baik kawan Zahra bayarkan kalau tidak, Zahra yang bayar. Jimatlah duit Zahra" Kataku panjang lebar.
"Tak kisah Zahra beli apa-apa pun. Janji bukan duit ayah" Kata ayahku. Aku hanya tergelak sahaja.
"Kak Zura mana?" Tanyaku.
"Ooo.. Kak Zura pergi keluar dengan bf dia" Kata Fad.
"Kak Zura ada boyfriend? wah ~ laku juga kakak aku sorang ni" Kataku.
"Sama macam ibu. Haha" Kata ibuku. Aku tersenyum.
Aku masuk ke dalam bilik dan melemparkan semua barang -barang yang aku beli itu di atas katil. Dalam masa itu juga, ku terkenangkan Azizie.Banyak betul duit dia. Ini mesti ada udang di sebalik mee goreng mamak ni. Rajin pula lah dia ni nak belanja semua benda. Macam aku ni sengkek pula. Lantaklah, dia dah nak belanja. Buat apa nak halang. Kalau halang pun, dia tetap berkeras hati nak belanja juga. Aku tersenyum sendirian.
Aku pergi membersihkan diri dan solat Asar.

PUKUL 8 malam, aku keluar sebentar di hadapan rumah hanya untuk menghirup udara segar. Sambil aku duduk di atas buaian aku terdengar perbualan Nadzri dan Farid.

To Be Continue...

Comments