Aku Sayang Kau, Tiang Bendera! (Bab 12- Bab akhir)

BAB 12

Di dalam bilik
Aku terkejut dengan kata-kata Nadzri sebaik sahaja aku mendengarnya. Seriuskah dia? Kenapa dia kata begitu? Aku mimpi ke ni? Aku menampar mukaku yang putih mulus ini beberapa kali dan ianya bukannya mimpi. Jantungku berdegup laju seperi Usain Bolt berlari semasa pertandingan lari pecut. Jantungku bukan seperti adegan aku dengan Azizie tadi tapi ini lagi laju tahap maximum. Aku mengingati semula perbualan mereka tadi

Farid: Zahra tu lawa kan? 
Nadzri: Ye ke? *sambil memetik gitar
Farid: Hang buta ka apa? lawa tooqq!
Nadzri: Uuurrmm.. Kau suka dia ke?
Farid: Suka aarr.. kenapa?
Nadzri: T..tak ada apa-apa *petik gitar dengan nada sedih
*Senyap*
 Farid: Alaahh ~ aku tau kau suka dia kan? Tadi aku intai korang kemain lagi main pancut-pancut air bagai. Itu apa kebendanya?
Nadzri: Kau nampak? aku tak nampak pun kau tadi!
Farid: Aku menyorok la. aku malas nak kacau korang tengah dating.
Nadzri: M..m..mana ada! apa pula dating! dia yang serang air dulu dekat aku. Aku serang la balik.
Farid: hhhmm yela. Tapi aku nak kau cakap jujur boleh?
Nadzri: Apa dia?
Farid: Kau suka Zahra betul ke bohong?
Nadzri: Bohong ~
Farid: Hang tipu! baik hang cakap betoi2 kang aku cium kau satgi!.
Hang tak payah nak kencing aku la Nadzri oi!. Aku dengan hang dah macam adik dengan abang dah tau dak?
Nadzri: Bohong la! aku nak dekat dia? memang tak lah ~ dah la gedik, perasan Korea lepastu..
Farid: Nadzri ~~~~ dengarlah cakap Farid ni. Jodoh tak kemana, Nadzri. Aku takut hang terlepaih ja.
*senyap
Nadzri: Kau kata kau suka dia kan?
Farid: Memang la aku suka tapi aku takdak niat nak couple dengan dia.
Nadzri: Yela yela yela ~ aku.. aku.. aku..
Farid: Aku apa!!!!
Nadzri: Aku suka dia!!! Aku dah mula sayang dia ~
Farid: Ha! kan senang! cakap tu biar jelas sikit. Kan best kalau kau cakap dengan dia depan-depan.
Nadzri: Tak nak aku! aku dengan dia dah jadi macam musuh. Pantang jumpa je gaduh, pantang jumpa je gaduh, gaduh je pantang jumpa.
Farid: Apa kata hang cakap elok-elok dengan dia. Tak ada lah dia nak marah kau. Percayalah cakap kawan hang ni.
Nadzri: *petik gitar
  
Andai engkau tahu, betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrah hatiku takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukku
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu...

Betulkah apa yang aku dengar? Tapi kalau aku jumpa dia mesti nak gaduh. Kenapa lelaki sekacak dia boleh jatuh cinta dekat aku? Aku ini cantik sangatkah? Mungkin ya! Tapi Nadia lagi cantik daripada aku. Kenapa dia tak pilih Nadia saja sebagai teman hidup dia? Argh! serabutnya kepala aku! Aku pula nak terima ke? Tidak tentu arah aku dibuatnya. Tak kisahlah! aku tetap musuh ketat dia. Tapi kata hati aku kata aku cinta dia. Boleh migrain aku macam ini. Aku pergi ke dapur terus menuju ke peti ais untuk mengambil sekotak air teh bunga yang sejuk dan menyedutnya dengan laju. Aku memikirkan kembali perbualan mereka tadi. Dia menyanyikan lagu itu dengan penuh syahdu sehingga aku hampir cair dengan suaranya itu. Dengan petikan gitarnya yang mendayu-dayu itu, bulu romaku meremang dan tanganku yang suhunya hanya suam-suam saja, kini semakin sejuk seperti aku duduk di Korea dulu. Kenapa dengan aku ini? Pap!

"Apa yang termenung sampai ke Paris ni?" terjah Kak Zura.
"Err..err.. tak ada apa-apa" Gagapku yang tersedar dari layanan fikiranku.
Aku terus pergi ke bilikku dan mendengar lagu. Hampir setengah jam aku mendengar lagu akhirnya aku terlelap. Harap aku dapat lupakan kejadian tadi.

DI universiti...
Sampai sahaja aku di sana, Nadia bersama Nadzri sedang berjalan menuju ke kelas bersama-sama. Tapi aku tidak mengendahkannya dan seseorang menegurku dari belakang.

"Sorang saja ke?"
"Oi mak kau! ya Allah! terkejut aku! bagi la salam dulu ye pun, Jijie oi!" Kataku sambil melatah.
"Assalamualaikum, Ariyana Zahra ~".
"Waalaikumsalam, Azizie Yahya" Jawabku.
"Nak pergi kelas ke?" Tanya Azizie.
"Tak lah! aku nak pergi memancing".
"Kau ni cakap la betul-betul".
"Memang nak pergi memancing la. Kau tak nampak ke aku tengah ikat mata kail ni? Kenapa?" 
"Eh eh kau ni. Kau ingat lawak?".
"Kau dah tahu aku nak pergi kelas, kau tanya aku lagi kenapa? kau yang buat lawak. Haha" Gelakku.
"Jom la pergi kelas sama-sama!" Katanya.
"Ok!"
Aku pun pergi ke kelas bersama Azizie dan akhirnya kami sampai juga akhirnya di kelas yang sama. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kelas, Prof Zahiril pun masuk ke kelas. Azizie sempat memberikan semangat iaitu 'hwaiting!' kepadaku dan aku membalasnya. Prof Zahiril yang mengenakan pakaian kemeja biru bersama seluar slack dan berbadan tegap itu pun memulakan pembelajarannya sehingga jam 9.30 pagi.

Aku pergi ke restoran bersama Qaisarah, Nasirah dan Nadia. Aku mahu membeli makan ringan sahaja kerana aku tiada selera mahu makan. Hanya mereka sahaja yang sedang menjamu selera dan aku melihatnya sahaja. Ketika aku sedang asyik melayan iPhoneku, ada seorang pelajar lelaki memberitahuku yang ada seseorang mahu berjumpa dengan aku. Aku sempat juga bertanya siapa yang mahu aku berjumpa dengan aku di gelanggang bola keranjang dan orangnya ialah Nadzri. Dia ni dah kenapa nak jumpa aku ni? Takda ribut, tak ada petir, tak ada taufan tiba-tiba je nak jumpa aku. Pelik betul dia ni. Aku pun pergi ke sana dengan meminta izin kepada Qaisarah, Nasirah, dan Nadia untuk pergi ke sana. Sampai sahaja aku di sana, kelihatan Nadzri sedang bermain bola keranjang bersendirian. Dia menoleh ke belakang dan berhenti bermain. Dia mendekati aku secara perlahan-lahan. Semakin dekat daripada aku, semakin laju jantung aku berdegup. Aku memulakan perbualanku.

"Kenapa nak jumpa aku ni? Macam tak ada tempat lain nak jumpa" Hairanku.
"Aku tak nak kau jumpa dengan si Azizie tu lagi" Katanya.
"Apahal pulak kau suruh aku jangan jumpa dia? Dia kawan aku since dekat Korea lagi".
"Aku tak suka".
"Siapa kau nak suruh aku buat macam tu?!"
"Hei, suka hati aku la! Aku kata jangan jumpa dia, jangan jumpalah!"
"Eh dah la aku nak pergi restoran balik. Malas aku nak layan kau!"
Aku pergi meninggalkan dia tetapi dia sempat menarik lenganku berlapikkan bajuku dengan kuat dan aku hampir terjatuh.
"Sakitlah, Tiang bendera!!" Marahku.
"Aku tak habis cakap lagi dengan kau. Kenapa kau nak sangat balik cepat ni? Mesti nak pergi jumpa budak tu kan? Kau ingat kau sesuailah dengan dia? Dia tu dah la tak hansem, Poyo, perasan bagus, baru masuk sini nak berlagak lepas tu...".
"Eh sudah la! Kau tahu tak kau kutuk siapa? dia kawan rapat aku. Dialah yang tolong aku masa aku susah dan kau tak ada hak nak kutuk kawan aku! Aku kenal dia dah lama tau. Aku kenal kau baru seminggu dua je. Kenapa kau ambil berat sangat pasal aku ha?! Sejak kau jadi jiran aku, aku benci tengok muka kau. Kau tahu tak?! Aku benci kau!!" terangku panjang lebar.
"Sebab aku cintakan kau! kau faham tak?! aku sayang kau! aku terseksa bila kau disamping dia. Sejak aku jumpa kau dekat airport lagi aku mula suka kau! Bila aku tengok kau dekat Mid Valley haritu, aku rasa macam nak bunuh diri je tapi nasib baik iman aku kuat lagi. Kau je yang tak nampak semua tu!"
Aku tercengang seketika. Aku seperti tidak percaya dia akan berkata begitu di depan aku. Rupanya dia sudah lama kenal aku.Tapi aku tidak boleh terima dengan tindakan dia tadi. Tiba-tiba Nadia meluru pergi kepada Nadzri.
"Sampai hati kan abang Nadzri lukakan hati Nadia? abang kata abang cintakan Nadia sorang je?" Katanya.
"Sejak bila pulak? aku tak pernah langsung suka kau. Yang kau ni dah kenapa?" Katanya pada Nadia.
"Jangan nak sorok depan Zahra lah! Zahra, aku tak sangka kau khianat aku kan? sampai hati kau! 
kau juga yang cakap yang kau tak hadap pun dekat dia ni. But now?"
Nadia terus berlalu pergi bersama dengan kawan-kawanku. Berkali-kali aku memanggilnya tapi dia tetap pergi. Aku rasa bersalah sangat dengan apa yang terjadi.
"See? kawan aku pun dah tak percaya aku lagi. Ini semua salah kau! Disebabkan kaulah aku hilang seorang kawan yang aku sayang! Aku tak boleh terimalah! kau dah sakitkan hati aku dengan kawan aku lepas tu tup-tup kau sukakan aku?! Hei! kau ingat aku senang-senang je nak terima cinta kau yang palsu ni?!"
Aku pun pergi meninggalkan dia. Beberapa kali dia memanggilku tapi aku tidak menjawab panggilannya. Aku minta maaf, Nadzri. Aku tak patut marah kau macam tu. Aku nak kau dengan Nadia. Bukan aku. Aku tak layak untuk kau. Aku mengaku aku dah mula cintakan kau tapi aku tak sampai hati kalau Nadia tahu yang aku sukakan kau, Nadzri. Nadia lebih berhak memiliki cinta kau.  Aku mencari Nadia untuk selesaikan masalah dan akhirnya aku ternampak Nadia sedang menangis disamping kawan-kawanku. Aku meluru masuk ke dalam kelas untuk menjelaskan perkara yang sebenar tapi aku dihalau oleh kawan aku sendiri iaitu Nasirah dan Qaisarah.

"Beb, jebal (tolong) ~ I can explain" Rayuku.
"Tak boleh la. Kitaorang minta maaf sangat-sangat. Tunggulah dia reda dulu ya" Kata Qaisarah.
"Tapi aku nak cakap perkara yang sebenar. tolonglah ~" Rayuku lagi dan kali ini aku tidak menahan air mataku lagi bila melihat rakanku sendiri menangis.
"Yes, I know but please... leave her with us" Kata Nasirah.
Aku tidak boleh nak berbuat apa-apa. Aku terpaksa menuruti arahannya dan aku pun keluar meninggalkannya. Aku berjalan dengan perlahan-lahan membawa segala duka yang sangat pedih. Aku tidak mampu untuk menampung segala dugaan yang Tuhan beri kepadaku. Semuanya berubah dalam sekelip mata sahaja. Aku menangis tidak terhenti-henti sejak aku tinggalkan kelas itu. Aku duduk di atas tangga dan menangis sepuas-puasnya. Tidak tahu bagaimana untuk selesaikannya. Aku lukakan hati rakan aku sendiri. Aku rasa seperti akulah orang yang paling kejam dalam dunia. Kalaulah aku boleh putarkan masa, aku takkan pergi jumpa Nadzri. Ya, aku memang sangat cintakan Nadzri sejak di airport lagi. Tapi bila dia buat benda yang aku tak jangka, perasaan itu dah tak ada lagi. Aku kecewa dengan dia. Biarlah dia dengan Nadia. Nadzri lebih sesuai dengannya. Aku sedar siapa diri aku sendiri. Dan sekarang ini, aku hanya mampu menangis yang tiada sempadan pada setiap titik-titik airmata yang aku tangisi. Aku sayang kau, tiang bendera!

BAB 13

DI dalam bilik
Aku mencampakkan beg galasku di atas katil dan duduk di atas di atas katil itu sambil teringatkan insiden tadi. Apabila teringatkan kejadian yang telah menimpa aku tadi, aku tidak menahan rasa sebak. Benda pun dah jadi mahu buat bagaimana? Ya Allah, besarnya dugaanmu ya Allah. Tiba-tiba telefonku berdering di dalam poketku dan tertera nama Azizie.

Hello?
Hello, hai, Zahra! buat apa?
Tak ada buat apa-apa
Asal ni? kau nangis ke?
Tak adalah. Aku selsema je.
Jangan tipu la. Aku tahu kau tengah nangis kan?
umm..
Aku tahu sebab apa. Kau gaduh dengan Nadzri kan?  
Kau jangan sebut nama dia lagi!! Aku benci dengan nama tu! Sebab dia lah hubungan aku dengan Nadia makin renggang!
Okk. Sorry, Zahra. Aku cuma mahukan kepastian je. By the way, jom keluar ngan aku! sekurang-kurangnya kau boleh lupakan kejadian tadi.
Bila? 
Harini. Pukul 4 petang.
Uuumm. Ok. 
Jijie, aku dah plan. Aku nak balik Korea.
Ha?! urrmm.. Bila?
Maybe minggu depan hari Isnin. Aku dah 'book' masa balik kolej tadi. Aku nak cuti sekejap. Aku nak tenangkan fikiran aku.
Kenapa tiba-tiba je ni? Kau baru berapa bulan je balik Malaysia. Takkan kau nak pergi balik?
Aku tak boleh duduk sini. Kalau aku duduk sini, aku makin benci dengan dia.
Takkan sebab dia je kau terus nak pergi Korea?
Dengan cara ini jelah aku boleh lupakan semua kenangan pahit aku.
Err ok. Kau bawalah kamera kau. At least, kau dapat kenangan manis dekat Malaysia.
Ok. nanti aku bawa.
Oklah. bye. 
bye   

Aku menamatkan perbualanku. Aku sudah buat keputusan untuk pergi ke Korea kembali. Aku mahu lupakan segala kenangan pahit aku yang pernah aku lalui selama ini. Buat apa aku mahu duduk sini lagi kalau hari-hari selalu buat hati aku sakit? Cukuplah dengan apa yang dah jadi sekarang. Aku pergi membersihkan diri dan selepas selesai solat Zuhur, aku menuju kepada ibu dan duduk di sebelahnya.

"Ibu, Isnin minggu depan Zahra nak pergi Korea"
Belum sempat ibu menjawab Fadzlie menyampuk.
"Ha?! Alaa kenapa nak balik sana balik?"
"Kak Azah nak rehat sekejap. Tak lama pun" Jawabku.
"Tapi kenapa? Bila balik sini?" Tanya ibuku.
"Bila nak balik sini tu biar Zahra fikir-fikirkan. Kalau hati Zahra dah terbuka nak balik Malaysia, Insyaa Allah Zahra akan balik. Ibu jangan risau la. Zahra kan dah biasa dengan Korea. Nanti kalau ada apa-apa, Zahra calling2 dengan ibu"
"Kalau Fad rindu macam mana?" Katanya sambil menahan sebak. Aku apatah lagi.
"Fad, janganlah nangis. Tak malu ke dah besar panjang pun nak nangis. Tak apa, kalau Fad rindu Kak Azah, Fad telefonlah Kak Azah. Nanti kita boleh skype macam dulu" Kataku sambil memeluknya dengan erat. Aku tidak menahan sebak bila lihat adikku sendiri menangis di depan mata aku.
"Ibu bukannya apa, Zahra. Ibu cuma risau je. Itu negara orang. Macam-macam boleh jadi dan satu lagi ibu risau" Kata ibuku.
"Risau apa lagi?" Tanyaku.
"Ibu risau kamu jumpa lagi dengan boypren ibu si Lee Min Ho tu. Ibu pun nak jumpa dia juga"
Aku dan Fad terus ketawa dengan 'punchline' ibuku yang spontan itu. Ibu memang suka buat lawak.
"Hahaha ibu ni. Dia lagi risaukan Lee Min Ho daripada anak dia? Tak apa, nanti kalau Zahra jumpa boypren ibu tu, Zahra suruh dia buat mesej video untuk ibu je"
"Janji?"
"Janji ~~"

JAM 3:55 petang, lagi 5 minit Azizie akan datang ke rumahku. Aku memakai blaus kemeja bercorakkan bentuk grid berwarna putih hitam dan seluar slack hitam serta dikenakan dengan shawl berwarna keemasan. Tidak lupa juga bersama-sama dengan kamera canonkuAku menunggu di ruang tamu sambil menonton televisyen. Bunyi hon kereta kedengaran. Aku meminta izin kepada ibu untuk keluar sebentar dan ibu pun membenarkanku. Aku menyarungkan kasut dan terus menuju ke kereta Azizie. Aku meluru masuk ke dalam kereta Azizie.
Kami pun sampai di KLCC dan hanya jalan-jalan sahaja di sekitar itu. Sambil aku melihat sekeliling, aku ternampak dua orang penyanyi jalanan yang sedang menyanyi di situ dan aku pun terhenti disitu bersama Azizie. Tiba-tiba Azizie mencuitku.
"Kau nak join?"
"Join? Eh, gwenchana ~(tak apa)" Jawabku.
"Ala, apa salahnya? suara kau kan sedap! Kejap aku panggil diorang"
"Tak payah la! Jijie!" Larangku. 
Dia terus pergi ke tempat penyanyi jalanan itu dan penyanyi itu pun mengangguk.
"Ha! meh la sini! nak dengar juga suara awak yang sedap tu!" Kata penyanyi jalanan itu.
Rasa segan pula bila aku menyanyi di khayalak ramai. Aku hanya menuruti arahannya sahaja.
"Biar aku ambil gambar kau" katanya dengan sukarela. Penyanyi itu mula memetik gitar dengan lagu yang rancak.

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku
Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku..

Ku tahu ku kan selalu ada
Ada dirimu 
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku
Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku......

 Semua pengunjung yang menyaksikan persembahan aku memberi tepukan yang gemuruh untukku. Aku rasa bangga dengan suaraku dan disebabkan aku juga, ramai yang meletakkan duit mereka di dalam topi yang disediakan. Aku hanya dapat mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membantu penyanyi jalanan ini untuk mendapatkan rezeki halal dengan cara menyanyi di kaki lima. Bila aku melihat sekeliling, aku teringat semasa hari pertama aku bertandang ke Malaysia. Di sinilah aku mula mengenal Nadzri yang menjadi penyanyi jalanan. Tapi aku mahu lupakan dia! aku terus berlari dan tidak mengendahkan sesiapa pun disitu. Aku duduk di atas bangku di bawah teduhan pokok dan menangis. Azizie mengejarku dari belakang dan akhirnya dia menjumpaiku yang sedang duduk di atas bangku sambil menangis.
"Kenapa ni? Tadi happy je?" Tanyanya.
"Nothing" Kataku sambil mengesatkan air mata.
"Jangan tipu lah. Ada yang tak kena ke?"
"Sebenarnya, dekat situlah aku jumpa Nadzri. Masa tu dia jadi penyanyi jalanan dekat situ" Terangku.
"Hhhmm.. Kau masih tak boleh lupakan dia?" Tanyanya.
"Aku dah cuba tapi... tak boleh."
"Itu maknanya kau sukakan dia"
"Tapi aku benci dia, Jijie!"
"Kau jangan benci gila dengan dia sebab nanti lama-lama kau sayang gila dengan dia tau"
"Tak ada maknanya. Jom la jalan-jalan. Aku dah malas nak fikir pasal dia"
Dia pun menuruti arahanku. Aku pergi ke Pavilion untuk membeli apa yang patut. Aku mengambil gambar 'selfie' bersama Azizie sebagai tanda kasih ingatan seorang sahabat. 

AKU akhirnya balik ke rumah dihantar oleh Azizie. Sebaik aku keluar sahaja, Nadzri sudah ada di depan rumahku dan memandangku. Aku pun meluru masuk ke rumah tapi dia memanggilku. Aku menyuruh Azizie balik dahulu kerana aku tidak mahu keruhkan lagi keadaan.

"Cepatlah apa dia!" Kataku.
"Aku nak minta maaf pasal tadi.  Aku tahu aku salah. Aku tak patut buat macam tu dekat kau. Aku tahu kau susah nak maafkan aku tapi tolonglah, jangan buat aku macam ni. Aku rasa bersalah sangat" Rayunya.
"Macam mana aku nak maafkan kau kalau kau sakitkan hati aku? Aku dah tak larat dah semua ni. Hati aku dah tak tenteram. Please, leave me alone. Bagi aku masa untuk berfikir" 
Aku masuk ke dalam rumahku tapi dia sempat memanggilku dan aku terhenti seketika.
"Zahra!! kalau kau benci aku sekalipun, bencilah. Tapi, tolonglah................ maafkan aku".
Aku mengesat air mata yang terlerai tadi dan terus meluru masuk ke dalam rumah. 

JAM 9.00 malam, di dalam bilik, aku termenung mengingatkan apa yang dia katakan petang tadi.
"kalau kau benci aku sekalipun, bencilah. Tapi, tolonglah................ maafkan aku".
 Rasa bersalah pula dengan dia. Bila aku lihat air mukanya, dia memang ikhlas minta maaf dengan aku. Tapi aku tak boleh lupa apa yang dia dah buat pagi tadi. Mulai hari ini aku tak nak tahu, tak ambil tahu dan memang langsung tak nak ambil tahu hal dia. Dia kan sudah ada Nadia. Buat apa aku nak terhegeh-hegeh lagi dekat dia. Aku hanya mampu memaafkan sesiapa saja yang pernah sakitkan hati aku termasuk Nadzri. InsyaAllah, sampai Korea nanti, aku akan lupakan semuanya.

BAB 14

Aku sudah pun menempah tiket untuk pergi ke Korea esok pagi dan sekarang, aku hanya untuk pergi sahaja. Habis sahaja waktu pembelajaranaku ternampak Nadia sedang makan di kantin. Aku mendekatinnya.
"Hai Nadia! Dah lama tak tegur kau. Kau sihat? Jom Hangout!" 
"Kau tak layak nak ajak aku keluar!" Katanya sambil bangun dan berlalu pergi meninggalkanku.
Kita sudah ajak, sombong pula dia. Kalau aku tahu perangai dia begini dari dulu lagi, aku tidak berkawan dengan dia pun tidak mengapa. Aku menuju ke keretaku dan masuk kedalamnya. Apabila mahu menghidupkan enjin sahaja, Nadzri muncul secara tiba-tiba dan terus duduk di dalam kereta serta menutup pintu keretaku dengan agak kuat.
"Rabak jugak pintu kereta aku kang! Kalau pintu kereta aku kepak, kau bayar!" Marahku.
"Rilek laBukannya kuat sangat pun ~"
"Itu dah kira kuat la! Kau tak reti jaga harta benda orang ke?!"
"Okkkk aku mintak maaf. Itu pun nak marah. Comel la kau marah. Haha" Pujinya.
"Ingat lawak? Ha Ha Ha ~!! Huh!" Perliku.
"Seriuslah ~ Ingat aku main-main ke?"
"Hhhmm... Ha! ni apehal masuk kereta aku tiba-tiba ni? Jangan risau, aku dah maafkan kau lama dah" Kataku sambil menukar topik.
"Itu aku dah tahu. Tengok muka kau pun aku dah tahu kau dah lama maafkan aku. By the wayAku nak pergi makan".
"Dah tu? Apehal pulak nak bagitahu aku? I'm not your wife!".
"I know you're not my wife but you''re my future wife".
"Aaa?? Bo?? Aku tak berapa nak dengar?!"
"Tak ada apa-apa"  Katanya sambil tersengih-sengih.
"Pergilah sendiri. Asal nak bagitahu aku pulak ni?" Hairanku.
"Aku tahu la. Aku nak kau teman aku pergi makan. Boleh?" Tanyanya.
"Asal pulak kau nak ajak aku pergi makan".
"That's why la aku tanya nak ke tak nak? Kalau tak.........".
Belum habis dia bercakap aku sudah memotong.
"Kalau tak apa? kalau tak apa!!?"
Dia terus mengambil Iphoneku di dalam kocet beg galasku.
"Aku ambil phone kau. Aku kalau dah ambil, aku tak pulang-pulang tau. Kau sanggup kehilangan barang kesayangan kau ni?"
"Ish dia ni main ugut-ugut pulak! Bagilah balik! Aku tak kacau pun hidup kau!"Marahku.
Aku cuba untuk merampas balik telefonku tetapi tidak berjaya.
"Teman aku pergi makan dulu. Kalau tak, aku amik! Bolehlah aku usha gambar-gambar dalam Iphone kau ni. anytime je!" Katanya dengan bangga.
Nak atau tak nak, terpaksalah aku ikut kata-katanya.
"Yela yela ~! Tapi kalau kau buka gallery dalam telefon aku, nahas kau aku kerjakan!"
"Garangnya ~ ai ai cip!" Katanya dengan gembira.
Kami menukar tempat duduk kerana mamat yang macam tiang bendera ini mahu memandu menggunakan keretaku. Entah apa pula dia mahu buat selepas ini.

Kami sampai di sesebuah restoran yang terletak di dalam sebuah mall. Dia memesan makanan dan minuman manakala aku memesan minuman sahaja. Mujur tahap kesabaranku masih rendah lagi ketika ini. Kami memilih tempat duduk bersebelahan dengan tingkap.
"Kau tak makan ke?" Tanya Nadzri.
"Tak nak!"
"Alolo merajuk la pula minah perasan Korea ni".
"Bo??? aku balik kang!" Ugutku.
"Eeehh tak tak tak. Aku memain je. Nak bergurau pun tak boleh. Nanti aku belikan album EXO <Overdose> ye" Rayunya padaku.
"Promise?".
"Promise ~~".
Aku tersenyum. Aku nak saja mahu balik rumah sekarang kerana aku tidak mahu lama-lama disini takut terserempak dengan musuhku, Nadia. Kalau dia nampak aku dengan bf dia, masak aku!
"Lepas ni jom pergi jalan-jalan nak?" Ajaknya.
"Pergi mana pulak? Aku nak balik la!"
"Kau nak Iphone ke tak nak?"
"Mestilah nak!"
"Jom jalan jalan" Katanya sambil membuat senyuman jahat.
"Kau janji dengan aku yang kau akan pulangkan balik Iphone aku tu balik? arasso?"
"Ye2! Aku janji"
"Bagus!"

Sambil berjalan-jalan di luar mall itu, aku ternampak sekumpulan orang sedang basking di kaki lima. Nadzri pergi mendekati mereka dan aku pula hanya mengekorinya sahaja. Sebaik sahaja sampai ke sana, rupanya orang yang sedang basking itu adalah orang yang aku jumpa semalam semasa aku hangout bersama Azizie.Aku hanya menunggu di belakang sahaja ketika dia pergi ke sana. Nadzri membisik ditelinga lelaki itu dan lelaki itu juga hanya mengangguk sahaja. Nadzri terus mengambil gitar yang diberikan oleh lelaki itu dan memainkannya.

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu yang ku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Tuk kedua kali takkan berlaku

Aku akan selalu 
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Aku janji padamu
Takkan mencintaimu

Aku akan selau
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Takkan menduakanmu....

Aku tersenyum mendengar dia menyanyi. Sewaktu dia menyanyikan lagu 'Janji' itu, dia melutut didepanku dan membuatkan aku rasa segan silu. Naik merah mukaku dibuatnya. Pengunjung yang datang ke kaki lima itu pun memberikan tepukan kepada kami. Ada seorang wanita dalam lingkungan 30-an itu menjerit 'Kahwin sajalah!' dan yang lain menyokong kata  wanita itu. Daripada merah kepada merah padam. Harap mukaku tidak bertukar warna hijau kerana takut bertukar badan menjadi Shrek.

Kami pun sampai di rumah masing-masing.
"Hah! Nak Iphone aku balik!" Mintaku.
"Haiish kau ni. Boleh sabar tak?"
Aku tersengih sahaja. Dapat juga telefon kesayanganku. Boleh selfie sorang-sorang dekat dalam bilik!
"Nah!"
"Gumowoyo!"
"Apa yo?"
"Gu-ma-wo-yo! Terima kasih!"
"Ooo cakaplah terima kasih. Tak payah nak yoyo sangat"
"Suka hati akulah! mulut aku!"
"Eeerr.. Terima kasih tau sebab sudi teman aku Hangout hari ni. Best sangat!" Katanya teruja.
"Sama-sama. Uuurmm.. Aku nak cakap something ni boleh?" Tanyaku.
"Hah! cakaplah!"
"Aku.. eerr... sebenarnya esok... uurmm.. esokk...eerr"
"Dah kenapa dengan esok?" Tanyanya hairan.
"Eeerr.. Tak ada apa-apalah. Jumpa esok. Assalamualaikum"
"Wa..walaikumsalam.."

Aku tidak sanggup untuk menceritakan hal yang sebenar dek kerana aku akan selalu teringatkan dia. Aku nak lupakan semua kenangan pahit di sini. Aku tak mahu disebabkan aku, dia akan merana tanpa ketiadaanku disini nanti. Aku tahu semasa dia menyanyikan lagu 'janji' tadi, aku dapat merasakan yang dia ikhlas cintai aku tapi aku terpaksa pergi meninggalkannya. Mianhaeyo, Nadzri oppa...

BAB 15

Aku mengenakan pakaian blaus hitam jarang bersama 'inner' di dalamnya serta berseluar slack coklat dan juga tudung lilit coklat. Aku bertolak ke lapangan terbang KLIA bersama keluargaku Ayah, Ibu, Kak Zura dan adikku, Fadzlie. Keberatan untuk meninggalkan Malaysia terutama keluargaku tersayang hanya Allah sahaja yang tahu. Aku pergi dengan rasa hiba dan mahu saja aku berpatah balik. Namun, dengan hati yang berat aku tetap meneruskan perjalananku.
     Dengan membawa beg bagasi yang berisikan baju dan barang peribadiku serta beg sandangku, aku dan keluargaku bergegas pergi ke lapangan terbang KLIA.
"Flight Zara pukul berapa?" Tanya Kak Zura.
"Pukul 10 pagi." Jawabku tenang.
" Ok ~ Sebelum itu, kita selfie dulu! Yela, lepas ni dah tak bolehlah nak selfie selalu dengan my beloved yeodongsaeng (adik) ni".
"Alolo so sweet!. Ok jom!"
Fadzlie mula menyampuk.
"Nak jugak!!"
"Yelah2! jom2!" Kata Kak Zura.
"Selfie memang tak mengajak kan ~" Nyampuk Ibuku.
"Mana boleh kalau tak ada ibu. Ka ja! (jom!). Ayah nak sekali?" Tanyaku pada ayah.
"Boleh juga. Ok tak rambut ayah?"
"Ok je. Dah handsome dah".
"Ibu2? ok tak tudung ibu? Ibu baru beli ni"
"Dah cantik! dah2 jom cepat nanti silap-silap tengah nak berselfie, flight Zara nak terbang dah". Gesaku.
Kami pun berselfie bersama-sama. Mujur Kak Zura membawa monopodnya dari awal.

JAM 9:45 pagi,
"Elok-elok tau. Jaga diri baik-baik. Solat tu penting. Kalau jumpa Lee Min Ho bagitahu mak cepat-cepat tau!" Kata ibuku.
"Haha iyelah omma ~"
"Belajar rajin-rajin. Jangan nak tengok drama Korea je. Boleh tengok, tapi berpada-padalah sikit" Pesan ayahku.
"Ya, Ayah".
"Take care yourselfAny prob, bagitahu kak Zura"
"Arasso! (Baiklah!)" Jawabku.
"Jangan lupa kitaorang dekat sini tau, Kak Azah. Doa-doakan kami supaya sentiasa sihat".
"InsyaAllah, Fad. Kak Azah takkan lupa keluarga Kak Azah sendiri".
Aku pun berlalu pergi sambil melambai-lambaikan tanganku kepada mereka. Sebaik sahaja aku mejejakkan langkahku ke tempat pemeriksaan beg bagasi dan passport, seseorang telah memanggilku dari jauh.
"Zaraaa!! jangan pergii!!"
Aku menoleh ke belakang dan orang yang memanggilku itu adalah Nadzri bersama rakan-rakanku yang lain. Mereka datang mendekatiku dan aku mendekati mereka. Aku memeluk rakan baikku, Qaisarah dan Nasirah. Air mataku berderai dengan laju. Aku melihat Nadia berada di belakang dan dia mendekatiku terus memelukku.
"Aku minta maaf, Zara. Aku tahu aku salah. Sebab akulah yang putuskan hubungan kau dengan Nadzri" Rayunya sambil menangis.
"Gwenchana ~ (tidak mengapa ~). Aku dah lama maafkan kau. Kau je yang hati kering. Tak nak maafkan aku. Kita kosong-kosong ya?".
Aku mengelap air matanya yang jatuh ke pipi yang putih mulus itu. Aku mengundurkan diri.
"Kau nak tinggalkan aku ke?" Kata Nadzri sambil merenung matanya yang redup itu.
"Aku terpaksa"
"Tapi kenapa?"
"Sebab dulu aku benci kau lepas apa yang sudah jadi masa itu. Lebih baik aku pergi daripada mengenang masa silam aku"
"Tolonglah jangan pergi. Hidup aku tak lengkap kalau kau tak ada". Rayunya.
"Andweyo ( tak boleh). Aku kena pergi. Kau jaga diri baik-baik ya. Sampai sana nanti, aku whatsapp kau" Kataku.
Dia mengangguk. Dia membuka sweater birunya dan meletakkan sweaternya di atas bahuku.
"Apa ni?" Tanyaku hairan.
"Ambil sweater ni. Aku tak nak kau lupa aku. Jaga elok-elok sweater aku ni. Jangan kau basuh guna kapur barus sudah la".
"Haisshh kau ni. Aku tak sekejam tu la"
"Aku harap kau tak lupa aku juga" Nyampuk Azizie.
"Tak. Aku takkan lupa kau. Kaulah kawan baik aku selain Nasirah, Qaisarah dan Nadia".
"Jaga diri kau elok-elok".
"InsyaAllah"

Aku berlalu pergi bersama air mata yang bergelinang di pipiku. Dan selepas beberapa jam kemudian, aku sampai juga ke lapangan terbang Incheon. Aku harap aku akan lupakan sejarah hitam yang lalu.

2 tahun kemudian...
Aku menikmati keindahan di Namsan, Seoul. Ramai pengunjung yang bertandang ke sini. Beribu-ribu padlock yang diisi dengan kata-kata cinta dan semangat di setiap tempat. Aku berdiri disitu menikmati kecantikannya. Aku dengan secara tidak langsung mengingati kenangan manisku di Malaysia bersama keluarga, rakan-rakan dan tidak lupa pada Nadzri. Aku memakai sweater birunya kerana ianya sangat selesa apabila dipakai. Aku membelai sweater ini dengan lembut. Baunya masih tidang lekang dari sweater ini. Aku amat merinduinya. Betullah kata orang, jangan benci sangat pada seseorang silap-silap kita sayang sangat pada seseorang itu. Tiba-tiba rakanku menegurku.
"Zara-sshhi, gwenchanayo? (Zara, adakah awak ok?)" Tanya rakanku, Park Han Soo.
"aaa ~ Han Soo aahh, naneun gwenchanayo. eotteohge naega yeogi al su issseubnikka? (saya ok sahaja. bagaimana awak tahu saya di sini?)" Tanyaku penuh hairan.
"nan geunyang yeogi honja banghwang . dangsin-eun keullaeseu ga-eobsneun? (saya hanya bersiar-siar sahaja disini. Awak tak ada kelas?)".
"naneun keullaeseuleul wanlyohaessseubnida . naneun jib-e anj-a pigon haeyo . gyeolgug, nan jeongmal yeogie ogo sip-eo . (Saya sudah habis kelas. Saya bosan duduk dirumah. Lagipun, saya memang mahu ke sini.)" Jawabku.
"geuleohdamyeon , naega meonjeo idonghabnida. jib-eseo dangsin-eul gidalibnida. annyeong !
( kalau begitu, saya pergi dulu. saya tunggu awak di rumah. bye!)".
"Anyeong!"
Aku sambung melayan perasaanku. Han Soo adalah rakan sebilikku. Dia sangat peramah dari aku mula masuk universiti lagi. Dia pernah membawaku pergi ke konsert 'World Tour EXO PLANET In Seoul'. Dia tahu aku minat kumpulan EXO sejak aku memiliki bantal EXO dan baju EXO. Tak terbalas budi dibuatnya.
Tiba-tiba ada seseorang memangilku.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsa...... Nadzri?"
"Kalau ya pun, penuhkanlah jawab salamnya"
"Waalaikumsalam, Nadzri. Lamanya tak jumpa kau! Rindulah!"
"Kan.. Eeerr.. Nah!"
"Omo! Jangmi!! cantiknya! Gumawoyo".
"Apa mi?"
"Jangmi. Bunga ros"
"Ooo kalau jangmi tu, bunga ros?"
"Yupp"
"Terima kasih. Susah-susah saja belikan aku bunga ros ni"
"Tak susah pun. Senang je nak beli. Sebenarnya, aku datang sini ada sebab". Katanya gementar.
"Sebab apa. Tengok kau ni macam nervous je?" Tanyaku. Semasa dia sedang gementar, aku pula yang berdebar. Apakah ini?
"Sebenarnya aku... akuu...."
"Sebenarnya apa?"
"Sebenarnya, aku dah lama nak cakap benda ni masa dekat airport masa tu tapi kau dah pergi. So...."
"So ~?"
Di depan orang ramai, dia melutut didepanku dan menghulurkan anak patung yang comel kepadaku serta melafazkan satu ayat istimewa.
"sudikah engkau menjadi sebahagian dari hidupku?"
Aku terkaku disitu. Mukaku merah padam. Apa dia cuba lakukan ini. Kelihatan rakanku, Han Soo dan tidak lupa juga di Malaysia, Qaisarah, Nadia, Nasirah dan Azizie ada di belakang. Mereka tersenyum sahaja. Mereka menyuruhku menerima lamaran mengejut daripada Nadzri. Aku mengangguk menandakan aku menerima lamarannya. Semua pengunjung disitu memberi tepukan gemuruh untuk kami. Aku hanya mampu menunduk hormat kepada mereka tanda terima kasih atas kerestuan mereka. Nadzri kembali berdiri dengan perasaan terispu-sipu malu.
"Cantik sweater!" Perlinya.
"Kan.. hehe".
Kawan-kawanku mendekati aku dan terus memelukku dengan erat. Han Soo Menegurku.
"Chukhahaeyo! (Tahniah!)".
"Gumawo!"

Berakhirlah kisah seorang Zirafah dan minah Korea. Aku berharap agar hubungan ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah. Amin.

THE END.

Comments